{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


200 calon UPSR ikuti program kecemerlangan

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain menyampaikan motivasi kepada calon UPSR yang mengikuti Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi di SK Dabong, dekat Kuala Krai, Kelantan, semalam.

KUALA KRAI 11 Jun - Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi kelolaan Sekretariat Malaysia Prihatian (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia mampu meningkatkan tahap pencapaian akademik calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Dabong, pada tahun ini.

Pegawai Penyelidik dan Projek Pendidikan SMP, Nurul Naquiah A. Hamid berkata, kesemua calon ini didedahkan dengan teknik-teknik menjawab peperiksaan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam menggubal soalan.

Menurutnya, calon-calon terbabit turut diberikan motivasi sebagai suntikan semangat untuk mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seterusnya merintis jalan ke arah kejayaan di masa hadapan.

"Kita menggunakan pendekatan motivasi dan akademik bagi memastikan kedua-duanya bergerak secara seiring, secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar cemerlang.

"Sepanjang dua hari menyertai program ini, para pelajar diberikan modul khusus dan rujukan terbaik bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR nanti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong, di sini hari ini.

Program selama dua hari yang bermula hari ini disertai 200 calon UPSR yang cemerlang dan sederhana dari sekolah di sekitar kawasan Dabong.

Antara sekolah yang terlibat ialah SK Biak, SK Kemubu, SK Kuala Gris, SK Mempelam Jelawang, SK Slow Temiang dan SK Dabong.

Nurul Naquiah memberitahu, pada tahun ini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) meletakkan sasaran seramai 30 pelajar UPSR di Dabong mendapat keputusan 5A.

"Hanya 15 orang pelajar sahaja yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR pada tahun lalu. Kami yakin dan percaya melalui program ini, kita mampu merealisasikan impian tersebut.

"Memang menjadi hasrat kami untuk memastikan kawasan luar bandar mampu melahirkan golongan cerdik pandai, seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nurul Naquiah berkata, ini merupakan program kedua yang dikelolakan oleh pihaknya dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia selepas Rembau, Negeri Sembilan.

RM1.3j bina rumah bekas tentera

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Jun - Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.336 juta bagi membina 27 buah rumah baharu dan baik pulih 11 buah rumah bekas anggota tentera di bawah Program Membaiki Rumah, Strategi Lautan Biru (NBOS) Ke-7 pada tahun ini melibatkan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, 38 rumah dari kedua-dua negeri tersebut dipilih daripada keseluruhan 200 rumah yang bakal dibina dan dibaik pulih di seluruh negara.

"Bagi Kelantan, kita bina 17 rumah baharu dan empat dibaik pulih, manakala bagi Terengganu pula sebanyak 10 dibina baharu dan tujuh dibaik pulih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Rayuan Hari Pahlawan di Wisma Pahlawan di sini semalam.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Cek tersebut disampaikan Abu Bakar kepada Muhammad sebelum diagihkan kepada 22 cawangan persatuan tersebut di Kelantan yang bakal menerima sumbangan sebanyak RM6,000 hingga RM16,000.

Pada masa sama, Koperasi Bekas Perajurit Kelantan (Kobra) turut menerima sumbangan sebanyak RM51,000 daripada kutipan tabung Hari Pahlawan bagi memantapkan lagi aktiviti koperasi.

Abu Bakar berkata, tarikh akhir untuk baik pulih rumah adalah pada 1 Jun lepas manakala untuk membina rumah pula pada hujung bulan ini.

Dalam pada itu, beliau meminta kira-kira 1,000 balu bekas tentera di Kelantan dan Terengganu supaya mendaftar dengan PBTM bagi memudahkan pemberian bantuan kepada mereka.

"Setakat ini, seramai 884 balu telah menghantar dan mendaftar permohonan dengan persatuan dan kita masih mengesan baki selebihnya bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan pemberian bantuan kepada mereka.

"Kita menganggarkan seramai 600 balu tinggal di negeri ini, manakala selebihnya tinggal di Terengganu," katanya.

Antara kemudahan yang diberi kepada balu dan bekas anggota tentera yang mendaftar dengan PBTM termasuklah Bantuan Sara Hidup antara RM100 hingga RM300 sebulan, Bantuan Persekolahan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam, Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bencana Alam sebanyak RM5,000.

Pelajar baharu UiTM Kelantan dirai sempena Minggu Destini Siswa

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Mohd. Shukri Omar (kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu Sesi Jun 2013 di UiTM Machang, Kelantan, baru-baru ini.

MACHANG 11 Jun - Hampir 1,000 pelajar baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan disambut penuh meriah bersempena Minggu Destini Siswa Sesi Jun 2013 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Rektor UiTM cawangan Kelantan, Prof Dr. Mohd. Shukri Omar berkata, Minggu Destini Siswa merupakan acara tahunan yang diadakan secara serentak di semua kampus UiTM di seluruh negara.

Menurutnya, pelaksanaan program itu bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai latar belakang universiti ini.

"Dengan adanya program sebegini, pelajar-pelajar baharu akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan serta persekitaran universiti sebelum mereka memulakan kuliah harian.

"Dijangka seramai 1,300 lagi pelajar akan mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Kelantan pada semester ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Minggu Destini Siswa di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Muhammad Shukri Salleh; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Dr. Nik Kamaruzzaman Abdulatiff serta Penolong Rektor Kampus Kota, Zulkharnain Yusof.

Mohd. Shukri berkata, Minggu Destini Siswa ini berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 2 Jun lalu dan ia melibatkan pelajar pengajian Diploma dan Pra Perdagangan.

"Dengan adanya program sebegini diharap ia dapat melatih diri pelajar itu sendiri bagi membuat keputusan yang tepat untuk kehidupan mereka," ujarnya.

Beliau berkata, pada semester ini pihak UiTM menyediakan satu kursus baharu kepada pelajar iaitu program Diploma Sains Aktuari di bawah Fakulti Sains dan Matematik.

"Kursus ini merupakan satu kursus yang memerlukan pelajar menguasai subjek matematik," jelasnya.

Tambah beliau, pihak UiTM juga akan mengadakan kemasukan pelajar bagi pengambilan kedua iaitu selepas 14 Jun ini.

Dalam majlis tersebut, pelajar-pelajar turut mendengar amanat Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang dipancarkan secara langsung ke semua cawangan UiTM melalui Web TV universiti berkenaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat