Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 15 May 2013 07:54 AM PDT Pengawal pantai tembak kapal nelayan Taiwan sebabkan seorang terbunuh Taipei: Presiden Filipina semalam, memohon maaf kepada Taiwan ekoran kejadian tembak seorang nelayan kepulauan itu oleh kakitangan pengawal pantai Filipina, selepas Taiwan menolak permohonan terdahulu dan mula membalas dendam secara diplomatik. Permohonan maaf daripada Presiden Benigno Aquino III itu dibuat tidak sampai sehari selepas Taiwan menolak luahan kekesalan oleh wakil Filipina kepada kepulauan berkenaan.
Beberapa jam kemudian, jurucakap presiden, Edwin Lacierda, berkata Aquino menghantar wakil peribadinya ke Taipei dengan surat permohonan maaf. Taipei dakwa tak ikhlas Taipei sebelum itu, mengecam permohonan maaf Filipina sebagai tidak rasmi dan tidak ikhlas.
Perdana Menteri, Jiang Yi-huah, berkata Taiwan tidak senang dengan permohonan maaf yang disampaikan wakil Filipina di Taipei, yang disifatkan mencerminkan niat kerajaan Filipina untuk menjauhkan diri daripada perkara itu. Jiang juga meluahkan rasa tidak gembira kerajaannya dengan sumber wang pampasan yang akan diterima keluarga mangsa, sumbangan rakyat Filipina, bukan daripada kerajaan sendiri. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |