{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Tiga taufan 'serang' Texas

Posted: 16 May 2013 01:53 PM PDT

Dallas: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas tiga puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di Texas kelmarin.

Angka korban mungkin meningkat ketika anggota penyelamat memeriksa kediaman pada waktu malam dan keadaan gelap menghalang mereka melihat kemusnahan secara menyeluruh, kata Sherif Hood County, Roger Deeds.

Tiga taufan itu disahkan melanda kawasan utara dan tengah Texas dengan bandar Granbury, 56 kilometer di barat laut Fort Worth paling teruk.

Kesemua yang terbunuh disahkan ditemui sekitar kawasan perumahan Rancho Brazos.
Pada masa ini, ada 14 orang lagi yang belum ditemui. Tiga taufan dilaporkan melanda, kata Deeds.

Jurucakap agensi bantuan Medstar Mobile Healthcare, Matt Zavadsky, berkata 100 orang cedera kerana taufan itu.

Belum diketahui sejauh mana kerugian kerana kemusnahan hartanah. Leftenan Kathy Jividen berkata, banyak kediaman musnah dan pokok tumbang.
Kami sedang memeriksa setiap rumah ketika ini, katanya.

Di Granbury, paderi Dean Porter berkata dia berada di tempat letak kereta apabila melihat taufan menghampiri dan segera lari masuk semula ke dalam gereja.

Apa yang berlaku ialah taufan itu berada tidak jauh dari tempat kami sebelum melalui kawasan tempat kuda dan bangunan lain yang musnah, kata Porter.

Selain Granbury, satu taufan melanda daerah Cleburne yang mempunyai 30,000 penduduk manakala puting beliung ketiga melanda Millsap, ke barat Fort Worth.
REUTERS/AGENSI

3 maut bumbung kilang runtuh

Posted: 16 May 2013 01:52 PM PDT

Phnom Penh: Tiga orang terbunuh semalam apabila bumbung sebuah gudang kilang runtuh di Kemboja, nahas yang meningkatkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kawasan perkilangan di Asia.

Seorang anggota kesatuan perdagangan di kilang itu memberitahu, runtuhan berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan.

Kilang kasut

Kilang kasut itu milik Wing Star Shoes Co Ltd, sebuah syarikat Taiwan, mempunyai 7,000 pekerja dengan 100 bekerja di gudang satu tingkat berkenaan.
Kerja di situ sudah dihentikan dengan pekerja dilihat keluar dari bahagian kilang utama semalam.

Kasut berjenama Asics kelihatan berselerak di sekitar kawasan gudang yang rosak dan jentolak digunakan untuk membersihkan runtuhan.

Jurucakap pembuat kasut sukan Jepun Asics Corp berkata, mereka sedang mengumpul lebih banyak maklumat.
Menteri Hal Ehwal Sosial, Ith Sam Heng mendedahkan enam lagi cedera dalam kemalangan di kilang daerah Kong Pisei, wilayah Kampong Speu, terletak 50 kilometer barat ibu negara.

Siasat kejadian

Kami akan siasat kejadian itu dan mengambil langkah terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya.

Tiada mangsa yang terperangkap di dalam bangunan itu.

Pelaburan meningkat di Kemboja sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutama dalam sektor kasut dan pakaian dengan syarikat Barat dan Asia tertarik dengan kos buruh rendah.

Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) berkata, sektor pakaian menyumbang kira-kira 80 peratus eksport negara Asia Tenggara itu.

Pada masa sama, bantahan berkaitan gaji dan keadaan bekerja yang teruk adalah pemandangan biasa di Kemboja seperti di Bangladesh yang memiliki pelbagai kilang pakaian murah untuk peruncit Barat.

Standard keselamatan

Kemalangan yang menyebabkan beratus-ratus orang maut di kilang di Bangladesh beberapa minggu lalu memfokuskan perhatian global terhadap standard keselamatan dalam industri pakaian negara itu, pengeksport pakaian terbesar dunia selepas China.

Pada 22 Mac lalu, akhbar The Phnom Penh Post melaporkan, pekerja di kilang Wing Star berhenti kerja dan menyekat sebatang jalan utama selama kira-kira sejam dalam bantahan menuntut kenaikan gaji dan keadaan tempat kerja lebih selamat.

REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat