Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Tiz Zaqyah ulas isu foto bersosial Posted: 11 May 2013 04:21 PM PDT 'Jangan kacau peribadi saya' Pada awal kemunculannya dalam industri hiburan, aktres popular Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 25, sudah pun terpalit dengan kontroversi sehingga dia sering menjadi buruan media massa. Ketika namanya sedang meledak gara-gara watak Nur Amina menerusi drama rantaian Nur Kasih, dia pernah dicemari dengan cerita panas apabila tersebar beberapa keping foto menerusi internet yang memperlihatkan beliau sedang bersosial di pusat hiburan bersama sekumpulan teman sambil mengenakan pakaian seksi. Meja mereka pula kelihatan beberapa botol arak. Ini mengundang persepsi apabila ada dakwaan mengaitkan Tiz turut mengambil minuman keras. Tiz yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 mengundang perasaan tidak senang peminat apabila dia dituduh hipokrit kerana sikapnya yang gemar bersosial bertentangan dengan keperibadian Nur Amina. Dia juga kononnya seorang perokok apabila ada laporan menyebut beliau pernah 'kantoi' dengan peminat yang terlihat perbuatan negatifnya itu.
Selagi dia tidak terjebak dengan gejala sosial yang keterlaluan dan memelihara tingkah lakunya di khalayak, selain sentiasa menampilkan hasil kerja terbaik, selagi itulah nama Tiz terus mekar di hati peminat. Tak pernah serik Dalam berhati-hati Tiz memelihara nama baiknya, dia tetap dihujani kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan dia masih gemar bersosial di pusat hiburan dan didakwa kerap mengambil minuman keras. Terdengar desus-desus, khabarnya Tiz berdepan gejala sosial itu apabila dia bercampur dengan kawan yang salah. Tiz kini muncul menerusi drama bersiri, Cinta Jangan Pergi yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam di TV9, dikatakan tidak mampu meninggalkan tabiat lamanya yang gemar bersosial di pusat hiburan apabila baru-baru ini ruangan pojok sebuah akhbar mingguan menyiarkan artikel dengan judul 'Kurangkan bersosial Tiz'. Dia dilaporkan kerap memuat naik gambarnya sedang bersosial di laman Instagram, sekali gus mengundang rasa tidak senang peminat apabila beranggapan foto berkenaan kurang manis untuk tatapan umum. Justeru, Tiz yang juga muncul menerusi drama bersiri Oh My English musim kedua, disiarkan setiap Ahad jam 7.30 malam di Astro TVIQ dan Astro Mustika HD, dikatakan tidak pernah serik dengan tabiat lamanya sekalipun kerap menerima teguran dan kritikan pedas daripada orang ramai. Ada andaian nakal melabel, Tiz dulu kini dan selamanya sukar berpisah dengan aktiviti sosial walaupun acap kali diselar peminat dan masyarakat.
Namun, kejujuran itu baginya sesuatu yang 'mahal' apabila dia tetap menerima tempias negatif daripada orang ramai gara-gara kejujuran itu. Justeru, Tiz mendakwa dia tidak mahu menjadi seperti segelintir artis yang kerap menafikan mereka bersosial untuk menjauhi persepsi negatif, walhal golongan selebriti itu juga seperti orang lain yang ingin berhibur. Kata Tiz lagi, sebab itu dia berterus-terang, mengakui dirinya bersosial dan tanpa berselindung memuat naik beberapa foto dia sedang berhibur bersama teman menerusi laman Instagram. Dia juga tidak mempedulikan peminat yang kurang senang dengan sikapnya itu dan berharap mereka yang tidak suka, abaikan saja gambar berkenaan, jangan tengok! "Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau orang boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan. Tambahan lagi, bukan saya seorang saja yang memuat naik gambar bersosial di Instagram, sebaliknya rakan-rakan artis yang lain pun berbuat perkara sama. Abaikan jangan tengok! "Saya percaya, peminat hari ini berfikiran lebih terbuka. Mereka mengenali saya sebagai pelakon, bukannya berdasarkan kehidupan peribadi, mereka bijak membuat penilaian. Saya tak mahu bersikap hipokrit dan terimalah diri saya seadanya. Bagi saya, tak perlulah kita menghakimi seseorang itu berlebihan, buat hal sendiri, lagi baik! Apa yang saya buat (bersosial) tidak menjejaskan kehidupan orang lain. "Saya tak kacau orang. Jika mereka ada masalah dengan saya, itu masalah mereka bukan saya! Kalau nak fikir persepsi orang ramai, mungkin di awal kemunculan saya dulu, saya boleh fikir, risau apa pandangan orang. Sekarang, orang bijak membuat tafsiran. Jujurnya saya dah lali dengan isu seumpama ini, cukup-cukuplah! Sampai saya dah putus cinta (dengan Remy Ishak), isu sama tetap diperkatakan. "Saya nak jadi diri sendiri, tak mahu hipokrit. Terima kasih juga kepada peminat yang setia menunggu hasil lakonan saya. Kepada peminat yang tak suka dengan gambar itu, abaikan saja, jangan tengok! Bagi saya, setiap manusia ada kelemahan masing-masing, begitu juga dengan saya. Semua orang bersosial, tapi disebabkan saya ni artis, orang kenal, justeru, isu ini diperbesarkan," kata Tiz berterus-terang. Pepatah pernah menyebut, tanpa peminat siapalah artis. Justeru, Tiz tidak takut ke jika peminat menjauhkan diri apabila mereka tidak senang dengan keperibadiannya yang gemar bersosial, Tiz mempunyai jawapan tersendiri: "Jika peminat lari, itu bermakna mereka bukan peminat saya. Mereka membenci saya dan pergi. Sebaliknya peminat tegar akan sentiasa bersama saya pada setiap masa dan menerima apa saja yang saya lakukan termasuk peribadi serta hasil kerja." Jujur satu kesalahan Kata Tiz lagi, apabila segelintir peminat tidak menggemari sikapnya yang gemar bersosial dan melihat fotonya berhibur di Instagram, tidak bermakna dia akan menurut permintaan mereka meninggalkan aktiviti berkenaan, sebaliknya beliau akan meneruskan kehidupan peribadinya itu. "Saya kenal diri saya, biarlah saya jadi diri sendiri. Jangan menghakimi seseorang itu begitu mudah. Apabila melihat gambar saya bersosial, jangan mudah melabel saya ni gadis yang tak baik. Artis lain pun ramai bersosial. Kadang-kadang tu saya sedih juga bila dapat tahu, rakan artis ni pergi bersosial, tapi buat pengakuan, mereka tak pergi. Jangan menipu! Saya bersosial, saya mengaku. Ada bukti lagi saya letak gambar berhibur di Instagram. "Bagi saya, jika kita terlalu jujur pun jadi kesalahan. Salah satu halangan menjadi jujur disebabkan perkara seumpama inilah. Kejujuran itu 'mahal'!," katanya yang kini sudah pun mempunyai kekasih baru, Daniel Haziq, 25, rakannya ketika zaman persekolahan apabila hubungan intim bersama Remy terlerai selepas hampir empat tahun menyulam cinta. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |