Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Isteri Timbalan KSU (Strategik) KBS maut kemalangan Posted: 12 May 2013 03:21 AM PDT LEDANG: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Zaidon Asmuni parah, manakala isterinya, Datin Halimah Awaludin, 55, maut di tempat kejadian apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 157.9, lebuh raya PLUS, dekat sini, kira-kira 11.40 malam semalam. Dalam kejadian itu, dua anak pasangan berkenaan turut parah manakala pemandunya berusia 22 tahun hanya cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori sebelum berpusing dan merempuh pembahagi jalan.
Difahamkan, ketika kejadian Zaidon sekeluarga bersama pemandunya dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Batu Pahat. Kemalangan itu menyebabkan Zaidon cedera di kaki dan patah tangan manakala dua anak mereka masing-masing berusia 21 tahun (perempuan) dan 12 tahun (lelaki) cedera di badan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesah menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki empat beranak bersama pemandunya itu hilang kawalan. Katanya, pemandu kereta berkenaan dipercayai tidak dapat mengawal kenderaan lalu merempuh sebuah treler sebelum berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12 |
Senarai barisan exco Perak di peringkat akhir: Zambry Posted: 12 May 2013 01:25 AM PDT KUALA KANGSAR: Senarai pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi Exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata barisan exco negeri bakal menyaksikan pertambahan jumlah Exco berbanding sebelum ini.
"Kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat mewakili semua (kaum)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah, hari ini. Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi".
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |