Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Letupan bom sasar calon pilihan raya ragut 11 nyawa
- Sitkom komedi Matthew Perry dibatalkan kerana kurang sambutan
- Kereta pertama John Lennon dilelong
Letupan bom sasar calon pilihan raya ragut 11 nyawa Posted: Letupan bom sasar calon pilihan raya ragut 11 nyawa
KARACHI, Pakistan - Satu serangan bom oleh kumpulan Taliban yang menyasarkan seorang calon pilihan raya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 36 lagi cedera di sini, kata seorang doktor. Pilihan raya umum Pakistan berlangsung semalam. Menurut polis, serangan tersebut disasarkan ke atas seorang calon Parti Kebangsaan Awami (ANP), Amanullah Mehsud untuk kerusi wilayah Sindh. Namun, seorang jurucakap polis, Mazhar Nawaz berkata, Amanullah sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Menurut perangkaan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 130 orang terkorban dalam beberapa serangan berani mati dan letupan sejak pertengahan April lalu. Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara dua parti berpengaruh di Pakistan, Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. Lebih 600,000 anggota keselamatan ditugaskan untuk melindungi pusat mengundi dan pengundi yang dianggarkan seramai 86 juta di seluruh negara tersebut. - Agensi | |
Sitkom komedi Matthew Perry dibatalkan kerana kurang sambutan Posted: Sitkom komedi Matthew Perry dibatalkan kerana kurang sambutan
LOS ANGELES - Rancangan televisyen terbaharu aktor Matthew Perry, Go On telah dibatalkan pada Jumaat lalu selepas hanya satu musim ditayangkan. Ini merupakan kegagalan ketiga Perry sejak dia mencipta populariti menerusi siri komedi terkenal, Friends. Menurut stesen televisyen NBC, siri komedi Go On yang menyaksikan Perry, 43, memegang watak seorang pengacara radio sukan tidak akan disambung ekoran kurang mendapat sambutan. "Go On menarik lebih 16 juta penonton ketika ia mula-mula ditayangkan pada Ogos 2012. Namun, jumlah penonton semakin menurun dan episod akhir pada April lalu hanya ditonton kurang daripada tiga juta orang," kata satu kenyataan NBC. Dua siri yang dibintangi Perry, Mr. Sunshine dan Studio 60 on the Sunset Strip masing-masing pada tahun 2011 dan 2006-2007 juga mengalami nasib yang sama. Sementara itu, NBC juga menyatakan bahawa pihaknya tidak akan meneruskan program majalah berita Rock Center untuk tahun ini dan 2014, selain lima siri komedi lain kerana kurang mendapat sambutan. - Reuters | |
Kereta pertama John Lennon dilelong Posted: Kereta pertama John Lennon dilelongFERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun. LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan. Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams. Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride. Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual. Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon. Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |