{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 10 May 2013 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dirangsang oleh lebihan dana asing bergilir, di celah-celah pengambilan untung yang sederhana, kata peniaga.

Indeks utama ialah pada 1,772.38, naik 6.31 mata daripada penutup semalam.

Petunjuk pasaran bergerak antara 1,752.26 dan 1,772.89 sepanjang hari. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 745 berbalas 174, dengan 201 kaunter tidak berubah, 477 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 2.54 bilion saham bernilai RM2.86 bilion daripada 2.44 bilion saham bernilai RM2.52 bilion sebelumnya.

Naib Presiden/ketua penyelidikan Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata pasaran telah pulih daripada sedikit penurunan pada pertengahan minggu, dengan para pembeli kembali ke pasaran untuk mengambil pegangan menjelang hujung minggu.

"Trend menaik pasaran dirangsang oleh lebihan dana asing bergilir di celah-celah kesederhanaan kegiatan pengambilan untung dan minat belian saham-saham murah," kata beliau kepada Bernama.
Di papan skor, Indeks Kewangan melonjak 53.191 mata kepada 16,706.38, Indeks Perladangan naik 34.40 mata kepada 8,325.50 dan Indeks Perindustrian menokok 23.55 mata kepada 2,955.10.

Indeks FBM Emas menambah 74.479 mata kepada 12,212.71 dan FBMT100 meningkat 62.74 mata kepada 12,020.26.

Indeks FBM Mid 70 lebih tinggi 152.96 mata kepada 13,825.96, sementara Indeks FBM Ace menambah 183.34 mata kepada 4,352.26.

Di kalangan saham aktif, Ingenuity Consolidated naik dua sen kepada 11.5 sen, GPRO mengembang setengah sen kepada 6.5 sen, The Media Shoppe meningkat satu sen kepada 6.5 sen dan TA Global menokok empat sen kepada 30 sen, tetapi CIMB lebih rendah dua sen kepada RM8.29.

Saham-saham berwajaran tinggi pula, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.08 dan Petronas Chemicals mengukuh dua sen kepada RM6.60.

Axiata kerugian dua sen kepada RM6.93 dan Sime Darby dan Tenaga turun satu sen, masing-masing kepada RM9.50 dan RM8.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 2.09 bilion saham bernilai RM2.79 bilion daripada 2.28 bilion saham bernilai RM2.47 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran ACE lebih daripada tiga kali ganda kepada 375.26 juta saham bernilai RM47.97 juta daripada 106.19 juta saham bernilai RM22.96 juta semalam.

Waran mengukuh kepada 57.33 juta unit bernilai RM7.25 juta daripada 54.68 juta unit bernilai RM6.53 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 98.68 juta saham di Papan Utama, produk perindustrian 200.94 juta, pembinaan 126.93 juta, urus niaga dan perkhidmatan 1.10 bilion, teknologi 76.92 juta, infrastruktur 31.11 juta, SPAC 82.47 juta, kewangan 123.82 juta, perhotelan 4.44 juta, hartanah 225.06 juta, perladangan 13.59 juta, perlombongan 26,000, REIT 11.60 juta dan dana tertutup 140,000. - BERNAMA

Polis surai perhimpunan di pekarangan pejabat SPR

Posted: 10 May 2013 02:44 AM PDT

PUTRAJAYA: Polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan mahasiswa, di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd Razak Abd Majid, berkata polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak jam 3.30 petang.

"Mereka nak hantar memorandum bantahan sahaja dan ia berlangsung secara aman. Keadaan terkawal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan pejabat SPR di sini.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: "Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu."

Kumpulan itu yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat