{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Kedutaan Filipina ditutup Isnin, beri laluan pilihan raya

Posted: 11 May 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan konsular di Kedutaan Filipina di sini akan ditutup Isnin ini bagi memberi laluan kepada rakyat negara itu yang berada di sini mengundi pada pilihan raya Filipina.

Menurut satu kenyataan hari ini, kedutaan itu bagaimanapun akan menerima pengundi yang mahu melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Pengundian akan ditutup pukul 7 malam waktu Manila (sama zon dengan Malaysia), dan kedutaan tidak akan menerima pengundi lagi serta mula mengira undi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Presiden Filipina mengisytiharkan hari itu sebagai cuti umum khas bagi membolehkan rakyatnya menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kedutaan itu dibuka hari ini dan esok bagi membolehkan mereka yang berkenaan mengundi.

Operasi kedutaan kembali seperti biasa pada Selasa.

- BERNAMA

Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat: Nazri

Posted: 11 May 2013 02:46 AM PDT

PADANG RENGAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

"Bagi kaum Cina mereka tertipu... mereka hanya kejar pelangi saja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan Bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.

"Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Beliau tidak percaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.

"Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa Menteri Besar mesti Melayu.

"Saya nak tanya 15 ADUN PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda perlembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada Bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?" katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata, mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
"1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak Bumiputera dan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada perlembagaan," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat