Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 May 2013 11:17 AM PDT Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti 20 kawasan awam yang sering berlaku banjir terutamanya setiap kali berlakunya hujan lebat. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, hampir semua kawasan berkenaan bertumpu di jalan raya yang sering dilalui orang ramai.
"Ini menyebabkan saliran air seperti longkang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dalam satu masa sehingga menyebabkannya melimpah, sekali gus menyebabkan banjir kilat," katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.
BANJIR kilat di sekitar Jalan Pantai Baharu, baru-baru ini. "DBKL kini memantau semua lokasi itu dan akan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku runtuhan pada dinding longkang.
"Selain itu, DBKL juga bekerjasama dengan Alam Flora dalam melakukan kerja pembersihan longkang yang tersumbat untuk mengurangkan kesan banjir kilat di sini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |