{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: Polis kenal pasti kumpulan rancang buat kekecohan

Posted: 02 May 2013 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang dipercayai merancang melakukan kekecohan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan mengambil keterangan daripada beberapa orang kenamaan (VIP) baru-baru ini.

"Amaran telah diberikan kepada kumpulan itu dan polis tidak teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya mereka berkeras untuk melakukannya," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, polis turut menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan menangani kumpulan kongsi gelap, pertubuhan, serta kumpulan tertentu yang cuba mewujudkan kekacauan sepanjang pilihan raya umum.

Sehingga semalam, sebanyak 3,079 laporan polis telah diterima berkaitan kesalahan-kesalahan pilihan raya sejak 20 April lepas hingga semalam, katanya.

"Seramai 101 orang telah ditangkap dan daripada jumlah itu, 20 orang dituduh di mahkamah," katanya.

Beliau berkata kesalahan yang paling banyak dikesan ialah perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan poster parti lawan iaitu 90 kes dan ceramah tanpa permit (86 kes).
Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof, berkata sebanyak 2,283 aktiviti dicatat sepanjang tempoh berkempen, antaranya 1,064 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (193), kunjungan rumah ke rumah (137), kempen (496) dan lain-lain kegiatan (393). - BERNAMA

Polis henti piket NUBE kerana berbau politik: Khalid

Posted: 02 May 2013 02:44 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis Segamat telah diarah untuk menghentikan piket yang dianjurkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) semalam kerana didapati berbau politik.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan arahan itu berkata jika dibenarkan piket itu berterusan, dikhuatiri ia boleh mencetus kekecohan yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan di daerah tersebut.

"Mereka telah memberi notis kepada kita untuk mengadakan piket tetapi mereka bukan mengadakan piket sebaliknya kempen politik," katanya sambil menambah keadaan itu telah menimbulkan suasana tegang di Segamat sekarang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas meninjau persediaan Polis Kontinjen Johor menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Khalid berkata, NUBE didapati menjemput pihak daripada satu parti yang bertanding untuk berkempen dan mengajak masyarakat di daerah itu agar tidak mengundi seorang lagi calon yang bertanding.

Khalid berkata pihak polis juga mendapati NUBE turut mengedarkan risalah dan memaparkan sepanduk berbau politik.

"Jadi apabila satu lagi pihak tahu, sudah semestinya pihak itu akan berkempen balas. Tindakan ini sudah mengancam keselamatan dan keamanan di Segamat, jadi kita perlu menghentikan perbuatan NUBE yang kononnya berpiket," katanya sambil memberi amaran kepada pihak yang merancang untuk menimbulkan kekecohan atau meraih simpati pengundi.
NUBE turut dilapor merancang untuk mengadakan piket secara berterusan terhadap penyandang kerusi kawasan Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S. Subramaniam kerana beliau dikatakan menyokong pembentukan kesatuan dalaman sebuah bank.

Subramaniam turut berkata piket itu berbau politik. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat