{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


'Gol saat kritikal'

Posted: 01 May 2013 05:31 PM PDT

Irfan puji ledakan Amri bantu Selangor pada detik penting

Kuala Lumpur: Tidak dinafikan nama Amri Yahya kini kerap meniti di bibir Irfan Bakti Abu Salim yang menyifatkan anak didiknya itu dapat menyumbat 'gol cantik dalam saat kritikal'.

Ketua jurulatih Selangor itu menghambur kata-kata pujian ke atas penyerang licik itu selepas menyumbat dua gol membantu skuad Merah Kuning menewaskan Tampines 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H, saingan Piala AFC di tempat lawan, kelmarin untuk mara ke pusingan kedua.

"Amri ini kadang-kadang dia tak dapat jaring gol...tapi dalam keadaan kritikal dapat membuahkan jaringan-jaringan menarik," kata Irfan, semalam.

Amri - pemain skuad Harimau Malaya - sudah menjaringkan empat gol setakat ini dalam kejohanan.

Apa pun dia menambah: "Saya juga tetap bangga dengan keseluruhan persembahan skuad Selangor biarpun kami tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama."

Sementara itu, rakan sejawatannya dari Kelantan, Bojan Hodak berwajah ceria selepas kejayaan The Red Warriors mara ke pusingan kedua selepas menjuarai Kumpulan G menewaskan Ayeyawady United 3-1 di Kota Bharu, kelmarin.

"Ia amat melegakan pada saat ini selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi sebelum ini," katanya elepas menyaksikan jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi membutirkan mata penuh pasukan.
Selangor muncul naib pendahulu Kumpulan H dan berkongsi lapan mata bersama Saigon Xuan Thanh tetapi layak dengan kelebihan jaringan sekali gus mengikuti jejak East Bengal ke pusingan kalah mati berula 15 Mei ini.

Irfan berkata, beranggapan pasukannya itu berjaya mempamerkan peningkatan walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama seperti penyerang import, Francis Forkey Doe.

Bagaimanapun dia terkilan sedikit dengan kealpaan anak buahnya melepaskan kelebihan dua gol dan membiarkan juara Liga Singapura itu menyamakan kedudukan sebelum Amri Yahyah meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

"Barisan pemain saya beraksi tanpa tekanan memandangkan mereka mengetahui pasukan lawan (Tampines Rovers) sudah tidak layak untuk mara ke peringkat seterusnya," kata Irfan. "Tetapi ada masanya mereka bermain sambil lewa menyebabkan kami yang mendahului dua gol awal, diikat oleh Tampines Rovers."

Johor masih pasang impian

Posted: 01 May 2013 05:28 PM PDT

Saya optimis kami melonjak ke tangga teratas Liga Perdana: Azmi

Johor Bahru: Johor tetap akan beri tentangan sengit kepada pendahulu liga, Sime Darby FC dan Sarawak sehingga ke aksi terakhir saingan Liga Perdana bagi memastikan tiket automatik ke Liga Super musim depan menjadi milik pasukan yang bergelar Merah Biru itu.

Ia disuarakan jurulatih, Azmi Mohamad yang menganggap tidak mustahil untuk Johor melakar kejutan walaupun jarak mata antara skuad Merah Biru dengan Sime Darby FC tampak agak jauh tatkala pasukan kelab dari Lembah Klang itu sudah mengumpul 36 mata manakala Johor mengutip 28 mata manakala Sarawak di tangga kedua dengan 34 mata.

Harus waspada

"Dalam bola sepak apa jua boleh berlaku dan saya optimis tidak mustahil untuk Johor melonjak ke tangga teratas liga memandangkan ada baki lapan lagi aksi liga dan pertembungan Sarawak dan Sime Darby, 10 Mei ini pasti menjadi penentu sama ada Johor mampu mengambil kesempatan dari keputusan kedua-dua pasukan itu.

"Apa pun kita juga perlu berhati-hati dalam baki perlawanan saingan liga dan elak dari keciciran mata dan saya anggap persembahan pemain ketika menewaskan NS Betaria, baru-baru ini cukup memberangsangkan malah kelibat pemain baru, Ezzaquel Gallegos beri impak kepada Johor.

"Saya anggap pemain import dari Argentina itu sudah lulus ujian selepas beraksi konsisten dan bijak merencana strategi terutama umpanan bola kepada rakan begitu menarik. Apa pun dia perlu tingkatkan lagi tahap kecergasan dan saya yakin pemain itu akan mula serasi dengan corak permainan Johor," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat