{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Pasangan Malaysia sertai senarai kelab jutawan di Australia

Posted: 24 May 2013 02:28 AM PDT

MELBOURNE: Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.

David Teoh, 57, dan isterinya Vicky, 56, sudah mencapai salah satu peningkatan terbesar tahun ini dalam Senarai Mewah BRW Rich 200, melonjakkan kekayaan mereka daripada A$526 juta tahun lepas kepada A$1.06 bilion.

Pasangan Teoh, yang berhijrah dari Malaysia pada 1986, memiliki hampir 37 peratus daripada penyedia jalur lebar TPG Telecom, yang sudah berkembang menjadi satu perniagaan bernilai A$3 billion selepas pertumbuhan harga saham yang konsisten semenjak 12 bulan lepas.

"Di sebalik kejayaannya, Teoh bencikan publisiti dan enggan gambarnya diambil oleh media," kata majalah bisnes BRW.

Pada Mac tahun ini, TPG melaporkan untung bersih selepas cukai sebanyak A$78.3 juta untuk setengah pertama tahun kewangan 2012-13, naik 41 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum itu.

Vicky Teoh baru-baru ini dinamakan wanita yang mempunyai kemewahan sendiri terkaya di Australia dalam senarai Wanita Kaya BRW pertama berikutan saham 18 peratus miliknya dalam TPG.

Seperti suaminya, beliau tidak mahu dikenali dan amat jarang dapat di wawancara. Turut serta dalam senarai itu adalah jutawan Sam Chong, daripada Tanah Rata, Cameron Highlands, yang melihat kekayaan perlombongannya menyusut daripada A$1 bilion kepada A$800 juta, sserta pemaju harta Maha Sinnathamby, dari Negri Sembilan, yang menaikkan kekayaannya kepada A$845 juta berbanding A$820 tahun lepas. - BERNAMA

Sebahagian Lebuh raya Bukit Jalil akan ditutup Isnin depan

Posted: 24 May 2013 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebahagian Lebuhraya Bukit Jalil sepanjang satu kilometer berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara akan ditutup kepada lalu lintas selama enam jam mulai 11 malam, Isnin depan.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) dalam kenyataan hari ini, berkata penutupan itu bagi memudahkan kerja pemindahan jejantas pejalan kaki dan trafik dijangka kembali normal pada 5 pagi, keesokannya.

"Penempatan semula jejantas pejalan kaki adalah untuk memudahkan pembinaan laluan pandu untuk projek tambahan laluan LRT yang menghubungkan Ampang dari Seri Petaling ke Putra Heights melalui Bandar Kinrara, Puchong dan Shah Alam.

"Jejantas akan dipindahkan ke tapak baru kira-kira 60 meter dari lokasi asal," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, penutupan sementara itu akan memberi kesan kepada lalu lintas dari Bukit Jalil ke Puchong yang akan dialihkan ke Jalan Kinrara 6 dan seterusnya ke Jalan Kinrara 5a sebelum kembali semula ke lebuh raya melalui Jalan Kinrara 5.

Trafik dari Puchong ke Bukit Jalil akan dialihkan ke Jalan Kinrara 4 untuk memasuki Jalan Kinrara 2 dan seterusnya ke Lebuhraya Bukit Jalil, menurut kenyataan itu.

Prasarana juga akan memanjangkan laluan LRT Kelana Jaya bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya ke Putra Heights, melalui Lembah Subang, Subang Jaya dan USJ. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat