{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Annuar Musa berharap Kelantan ke final jumpa JDT

Posted: 26 May 2013 03:15 AM PDT

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang berpuas hati dengan persembahan skuadnya membenam Terengganu 4-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA malam semalam, berharap anak buahnya mengekalkan momentum itu untuk ke final.

Beliau juga berharap pentas final akan menyaksikan pertembungan skuad Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT).

"Kita harap dapat bertemu Johor Darul Takzim di final, sebab baru ni kita tak puas hati sebab tak main 'full team'. Jadi kita nak main 'full team', kita nak uji Johor, di 'neutral ground'," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol.

Mengulas percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang tidak menurunkan kesebelasan utama pada pertemuan dengan JDT Rabu lalu, Annuar berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan jurulatih dari Croatia itu.

"Malam tadi kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang tak setuju ni dia simpan pemain dulu. Tapi lepas dia jelaskan kepada saya prioriti dia adalah (perlawanan) ini, kita terima. Bojan dah buktikan dan kita terima alasan dia," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya selepas Kelantan tunduk kepada JDT 0-2 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Hodak mempertahankan tindakannya "menyimpan" beberapa pemain tonggak dengan alasan mahu memberi mereka yang cukup bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA.

Mengulas tegurannya menerusi laman sosial itu, Annuar berkata, beliau sekadar mahu menyedarkan anak buahnya selain membayangkan ada 'durian runtuh' menunggu jika Kelantan mara ke final Piala FA.

"Kita mesti mara ke final sebab kita adalah juara bertahan, dan saya beritahu mereka saya akan beri ganjaran yang cukup besar sekiranya berjaya ke final," katanya.

Sementara itu, Hodak berkata, keletihan bermain dalam 17 perlawanan dalam tempoh dua bulan menjadi penyebab kepada kemerosotan kualiti permainan dan beliau terpaksa memanfaatkan sepenuhnya pemain tonggak kerana kekurangan pemain simpanan berbisa yang boleh digilirkan.

Akan tetapi katanya, keputusan yang dicatat menunjukkan pemain Kelantan mempunyai kualiti tersendiri kerana masih berupaya mempamer prestasi cemerlang sekalipun keletihan mengharungi jadual perlawanan yang padat. - BERNAMA

PAS jangka fail 20 petisyen PRU-13

Posted: 26 May 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen dan bantahan itu membabitkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Terengganu dan negeri lain.

"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini sudah meneliti maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu.

Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dilaporkan sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen membabitkan kawasan Parlimen dan DUN manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.

Pada 22 Mei lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU-13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu.

Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Pada pilihan raya lalu, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PAS (21), PKR (30) dan DAP (38). - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat