Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 May 2013 10:30 AM PDT Kuala Lumpur: Beberapa laluan keluar ibu kota seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara dan selatan tidak mengalami kesesakan teruk disebabkan orang ramai sudah mula pulang ke kampung, sejak Khamis lalu. Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, laluan keluar ibu kota masih sesak kelmarin disebabkan kebanyakan warga kota mula bercuti sempena perayaan Hari Wesak dan cuti persekolahan, tetapi aliran trafik berkurangan semalam. Katanya, tiada kemalangan dilaporkan di kedua-dua lebuh raya berkenaan pada sebelah pagi. "Kita juga membuka lebih banyak laluan tol dan pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan serta bagi pengguna yang memiliki Touch n Go dan Smart Tag, mereka boleh menggunakannya bagi mempercepatkan urusan di plaza tol," katanya ketika dihubungi. ALIRAN kenderaan di tol Sungai Besi menghala selatan mula berkurangan.
Sementara perjalanan dari Lembah Klang ke Perak Utara melalui Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Jasin dan Ayer Keroh antara 12 tengah hari hingga 3 petang. Kenderaan yang berakhir dengan nombor plat ganjil bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang pula dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil, manakala kenderaan yang berakhir dengan nombor plat genap bermula pada setiap jam genap. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |