{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Polis tubuh jawatankuasa khas bendung insiden kematian tahanan di lokap

Posted: 28 May 2013 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membentuk satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

Jawatankuasa yang antara lain ditugaskan memantau tahap keselamatan dan kesihatan tahanan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas pelancarannya dalam masa terdekat, kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene.

"Pucuk pimpinan polis prihatin atas beberapa insiden kematian di lokap polis. Kami memandang serius perkara ini dan ingin mencegahnya daripada berulang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dua insiden kematian tahanan terbaharu membabitkan R Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang Ahad lepas, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.

N. Dharmendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas.

Dalam pada itu, Mortadza menjelaskan polis sebelum ini mewujudkan lima lokap berpusat selain mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memperbaiki keadaan dan layanan untuk tahanan.

Ia terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah Jinjang di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Indera Mahkota (Pahang), Bayan Baru (Pulau Pinang) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Mortadza berkata, kesemua lokap itu dilengkapi, antara lain, dengan kamera litar tertutup (CCTV), sistem interkom, bilik peguam, bilik mahkamah, bilik kawad cam dan ruang makan.

Beliau menjelaskan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan membolehkan pegawai perubatan memeriksa tahap kesihatan tahanan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Selain itu, lawatan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut dianjur dengan kebenaran pegawai penjaga lokap. - BERNAMA

Najib ulangi janji turunkan harga kereta

Posted: 28 May 2013 01:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat