Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Pengundian awal P126 Putrajaya - Tengku Adnan dahului Posted: 05 May 2013 03:26 AM PDT Keputusan pengundian awal P125 Putrajaya - Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) peroleh 620 undi, Husam Musa (PAS) 28 undi, 4 undi rosak. Artikel BerkenaanPUTRAJAYA: Dakwaan wujud pengundi hantu dan pengundi luar negara yang kononnya diberikan kad pengenalan untuk mengundi setiap kali tiba musim pilihan raya adalah usaha untuk mensabotaj kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). KUALA LUMPUR: Keputusan terawal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diumumkan seawal jam 7.30 malam ini, demikian menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Kuala Selangor: Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang ingin mengundi. ALOR GAJAH: Seorang suri rumah dari Machap Baru, Nyon Fui Yin, 36, gagal membuang undi di SRJK (C) Machap Baru selepas ada individu menggunakan nombor kad pengenalannya. PUTRAJAYA: Apabila semua pusat pengundian ditutup di seluruh negara setakat jam lima petang tadi, 80 peratus keluar mengundi, demikian menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya yang terselamat dalam nahas helikopter kini berada di Hospital Angkatan Tentera Sungai Besi akibat trauma. GEORGETOWN: Seorang nenek berusia 100 tahun hari ini gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali ke-13 dalam pilihan raya umum. PUTRAJAYA: Semua 8,245 pusat pengundian bagi PRU13 di seluruh negara ditutup jam 5 petang tadi selepas dibuka serentak 8 pagi tadi, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di TUDM Sungai Besi, sebentar tadi. PUTRAJAYA: Peratusan keluar mengundi bagi PRU13 di seluruh negara mencecah 68.4 peratus, setakat jam 4 petang ini, demikian menurut sumber tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). KUALA LUMPUR: Seorang menteri Kabinet bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang dinaiki dilaporkan terbalik ketika mendarat di Pangkalan TUDM, Sungai Besi, sebentar tadi. LAHAD DATU: Dua pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan operasi Ops Daulat dekat sini, secara rasminya ditutup awal jam 3 petang tadi. MELAKA: Kereta milik isteri seorang pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rosak selepas dilempar dengan bom botol 'molotov cocktail' di Duyong di sini, awal hari ini. KUALA LUMPUR: Setakat jam 3 petang ini, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di seluruh negara mencecah 64 peratus, demikian menurut sumber tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). KUALA LUMPUR: Majikan boleh memilih sama ada memberi cuti am bergaji atau sebaliknya kepada pekerja mereka bagi cuti am esok yang diumumkan oleh beberapa negeri. KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pada laman Facebook berkaitan Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini. KOTA BHARU: Sebanyak 64.5 peratus rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sehingga jam 2.30 petang. KUANTAN: Kira-kira 449,876 atau 61 peratus daripada 737, 501 pengundi di seluruh Pahang sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 1 petang. KUALA KLAWANG: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menaruh penuh keyakinan Barisan Nasional (BN) akan dikembalikan sebagai juara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa meninjau pusat-pusat pengundian di sekitar Parlimen Pagoh, sejurus selesai mengundi, hari ini. KUALA LUMPUR: Proses pengundian di seluruh negara setakat tengah hari ini berjalan lancar, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira 10 minit di Pejabat Parti Calon N40, yang terletak berdekatan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, di sini. PUTRAJAYA: Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari tadi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas sempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah pagi tadi sebelum diserang penyakit jantung dan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari tadi. IPOH: Seorang warga tua, V Selvaraju, 56, meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simee, di sini, jam 12 tengah hari tadi. BUKIT MERTAJAM: Pasangan pengantin baru tidak melepaskan peluang untuk mengundi, di sini. SHAH ALAM: Polis Selangor memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berhimpun di luar pusat pengundian selepas tempoh mengundi tamat pada jam 5 petang ini. PUTRAJAYA: Lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar dan memakai tiub saluran makanan bukan halangan bekas wartawan akhbar Berita Harian (BH) Tajudin Mohd Saman untuk melunaskan kewajipan sebagai pemilih hari ini. KUALA LUMPUR: Seramai 18 pemerhati antarabangsa yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membuat pemerhatian di beberapa pusat mengundi di sini sejak awal pagi. |
PRU13: SPR nafi wujud pengundi hantu dan pengundi luar negara Posted: 05 May 2013 02:50 AM PDT PUTRAJAYA: Dakwaan wujud pengundi hantu dan pengundi luar negara yang kononnya diberikan kad pengenalan untuk mengundi setiap kali tiba musim pilihan raya adalah usaha untuk mensabotaj kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata perkara itu bukan isu baru dan tohmahan berkenaan dibuat bagi memburukkan imej dan mensabotaj SPR, sekiranya parti tertentu tidak menang pada pilihan raya ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |