{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Beri salam sebelum lepas tiga tembakan

Posted: 04 May 2013 07:31 AM PDT

Kota Bharu: Seorang penjenayah sempat memberi salam sebelum melepaskan tiga das tembakan ke arah seorang kontraktor dalam kejadian di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam 'tragedi Maghrib' pada jam 7.30 malam itu, mangsa Mohd Nasir Zakaria, 53, cedera di lutut dan paha kiri akibat terkena tembakan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini.


Menurut isteri mangsa, Zahmahnu Che Abdullah, 39, sebelum kejadian dia terdengar orang memberi salam dan memanggil suaminya dengan panggilan Abe Sir.

"Saya menjenguk di tingkap dan melihat seorang lelaki memakai topi menunggu di depan pintu masuk rumah.


"Beberapa minit kemudian suami keluar menemui lelaki itu selepas selesai mandi, namun tiba-tiba lelaki terbabit menembak ke arah suami. Tembakan itu mengenai lutut dan paha kiri suami, manakala satu lagi peluru tersasar ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di HUSM, malam kelmarin.


Katanya, lelaki terbabit melarikan diri dan dia bersama anak lelakinya membawa suaminya ke HUSM dengan menaiki kereta.

Foto

MOHD NASIR cedera ditembak.

"Saya tidak tahu mengapa suami diperlakukan sedemikian rupa. Setahu saya suami saya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.


"Apapun, saya bersyukur kerana suami selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian adalah balas dendam.


Katanya, suspek sudah dikenalpasti dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat