{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Abdul Hadi sokong Khalid Ibrahim kekal MB Selangor

Posted: 09 May 2013 02:54 AM PDT

MARANG: PAS mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor. "Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau sudah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada PAS Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya. - BERNAMA

Adnan dilantik Menteri Besar Pahang bagi penggal ke-4

Posted: 09 May 2013 02:26 AM PDT

Pekan: Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal keempat di Istana Abu Bakar, di sini, jam 5 petang tadi.

Adnan, 63, mengangkat sumpah simpan rahsia kerajaan negeri di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat