Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 May 2013 11:20 AM PDT Kuala Selangor: Seramai 110 mangsa banjir daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang, dekat sini belum dibenarkan pulang selepas paras air sungai yang melimpah ke penempatan penduduk berada pada paras bahaya, sekali gus memungkinkan ia meningkat jika berlaku lagi hujan dalam masa terdekat. Setakat ini, paras air berada pada ketinggian 5.6 meter berbanding 7.3 meter kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang dipindahkan semalam tidak dibenarkan pulang kerana air sungai masih berada pada paras berbahaya.
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Selangor menjalankan misi menyelamat mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang. Katanya, penduduk kampung diharapkan sentiasa peka kepada keadaan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa selain mengambil tindakan segera dengan keluar dari rumah sekiranya hujan lebat masih berlaku.
Seorang mangsa, Junaidah Marasid 34, dari Kampung Rantau Panjang, berkata dia terkejut apabila air secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah berserta arus deras sehingga memenuhi ruang tamu, bilik dan dapur.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |