{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Spekulasi Kabinet 2013

Posted: 14 May 2013 08:29 PM PDT

Ramai menteri bertukar portfolio

Kuala Lumpur: Barisan Kabinet 2013 yang akan diumumkan Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka mengekalkan sebahagian besar menteri yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri juga dikatakan tidak akan melantik calon yang kalah sebagai senator dan menggugurkan beberapa menteri daripada senarai Kabinet kali ini.

Namun, ramai menteri bertukar portfolio mengikut kesesuaian dan untuk mengisi kekosongan berikutan penyandang yang tidak bertanding atau kalah dalam pilihan raya lalu.

Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tengah hari ini untuk menyembah warkah memohon perkenan selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan untuk pelantikan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.

Angkat sumpah esok
Beliau kemudian akan membuat pengumuman di Dewan Persidangan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 4 petang. Mereka yang dilantik dijadual mengangkat sumpah jawatan, setia dan sumpah rahsia, esok.

Antara yang disebut bakal dilantik sebagai menteri ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Datuk Halimah Sadique (Tenggara), Datuk Azizah Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahman Dahalan (Kota Belud), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Fadilah Yusof (Petra Jaya), Datuk Tajuddin Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Ahmad Maslan (Pontian) dan beberapa wakil dari Sabah dan Sarawak.
Khairy dikatakan bakal menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Halimah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Jamaluddin (Kementerian Kewangan), manakala Tengku Adnan sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kese-jahteraan Bandar.

Dilantik semula

Selain itu, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijangka dilantik semula sebagai menteri berstatus senator.

Barisan Kabinet kali ini juga bakal menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertukar ke Kementerian Pelancongan, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Jamil Khir masing-masing kekal di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi timbalan menteri pula, kebanyakan nama yang akan mengisi senarai itu majoritinya di kalangan muka baru yang menang PRU-13 seperti Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk P Kamalanathan (Hulu Selangor), Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid (Kota Tinggi), Anuar Abd Manaf (Sekijang), Datuk Hasbullah Osman (Temengor) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Balik Pulau) juga bakal memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri.

Rombak kementerian

Perdana Menteri juga dijangka melantik Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata sebagai timbalan menteri berstatus senator dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap).

Sementara itu, berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya dan seiring anjakan demografi bandar serta menangani cabaran sosial ekonomi bandar, Najib dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Perdana Menteri juga dijangka mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang dimansuhkan sebelum ini, selain mengekalkan Kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Khalid Ketua Polis Negara

Posted: 14 May 2013 08:28 PM PDT

Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru berkuat kuasa tarikh sama.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok. Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pelantikan Bakri Zinin juga berkuat kuasa tarikh sama.

"Selaras peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuat kuasa 17 Mei," katanya.

Khalid lulusan UIA

Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997.
Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.

Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.

Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Pengalaman Bakri

Bakri juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah pada 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan menjadi pengarahnya setahun kemudian. Pada 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat