Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 08 May 2013 04:57 PM PDT IDEAS, CPPS, ASLI akui pilihan raya ada kredibiliti, boleh dipercayai Putrajaya: Tiga badan pemantau proses Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad lalu, mengakui keputusan PRU-13 mempunyai kredibiliti serta boleh dipercayai. Institut Hubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) serta Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) turut mengakui ia dilaksanakan dengan baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbanding pilihan raya umum sebelum ini. Katanya, walaupun ada beberapa kesalahan kecil dilaporkan, keseluruhan proses pengundian berjalan lancar dan urusan mengundi tidak tergendala walaupun tidak 100 peratus sempurna. "Secara keseluruhan, keputusan yang diumumkan boleh dipercayai walaupun terdapat beberapa kecaman terutama dalam media sosial berhubung proses pilihan raya yang berlangsung. "Selain itu, BN (Barisan Nasional) juga tidak berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung, sebaliknya parti itu berjaya mendapat majoriti yang ketara pada pilihan raya kali ini," katanya pada satu sidang media, di sini semalam. Tiada penipuan "Kami berada di Damansara, Petaling Jaya, Bangsar dan Segambut. Secara jujurnya tiada bukti berlaku penipuan atau kesilapan di pusat mengundi. Tiada isu orang lain boleh nampak pengundi pangkah sesiapa dan setiap prosedur dipantau," katanya. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan mengesyorkan SPR menjadi badan yang lebih bebas dengan kuasa melantik dan menguruskan kakitangan mereka sendiri, bebas daripada perkhidmatan awam sedia ada. Katanya, dalam memastikan SPR terus diberi kepercayaan oleh masyarakat umum, ahli badan itu juga perlu dilantik secara telus daripada kalangan mereka yang mahir lagi pakar dalam bidang berkenaan. "Keputusan (pilihan raya) boleh dipercayai kerana ia berdasarkan prosedur, namun ini bukan asas bagi menakrifkan pilihan raya yang adil. Ia adalah keputusan terbaik yang kita peroleh di sebalik pelbagai cabaran yang perlu dihadapi," katanya. Katanya, pihaknya mendapati integriti daftar pemilih adalah meragukan kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang bersikap partisan dalam mendaftarkan pakatan pembangkang serta dana parti politik yang didapati tidak telus. Ada kredibiliti Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh, berkata umum tidak wajar mempertikaikan keputusan PRU-13 kerana ia terbukti mempunyai kredibiliti. "Walaupun begitu, pada hakikatnya, tiada sistem yang sempurna di dunia ini, pasti ada kesilapan manusia atau kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. "Justeru, SPR perlu berfungsi sebagai badan bebas dan mengambil kira semua syor dan cadangan yang dikemukakan pemerhati pilihan raya supaya suruhanjaya ini dapat mengendalikan pilihan raya seterusnya dengan lebih bersih, telus lagi adil," katanya. INFO IDEAS
ASLI
CPPS
|
Azizan masuk CCU tetapi keadaan stabil Posted: 08 May 2013 04:51 PM PDT Georgetown: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Agak tenat Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melawat Azizan ditemani Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan anak, Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz. Baginda yang juga Sultan Kedah tiba di HPP pada jam 4.50 petang dan meluangkan masa hampir 15 minit. Turut mengiringi baginda, Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Dr Rahman Abbas bersama isteri, Toh Puan MajimorShariff; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Azizan, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dimasukkan ke CCU HPP, kelmarin selepas menjalani rawatan jangkitan kuman pada kaki. "Kita akan memantau keadaan beliau dari semasa ke semasa. Kerajaan Kedah mendoakan rawatan yang dijalaninya berjaya memulihkan keadaannya," katanya. ADUN penggal ketiga Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim. Kemenangan itu membolehkan Azizan menjadi wakil rakyat buat penggal ketiga sejak 2004. Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |