{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Pelindung sang suria

Posted: 12 May 2013 05:01 PM PDT

Pendedahan keterlaluan kepada sinar UV boleh jejas kesihatan kulit

Sekitar 1962 seorang ahli kimia, Franz Greiter tampil mengemukakan pelindung matahari dikenali, Gletscher Crème atau Glacier Cream iaitu krim pertama yang memiliki faktor perlindungan cahaya matahari (SPF) sebanyak dua kali selepas hampir 30 tahun penyelidikannya.

Kajian dilakukannya turut menyumbang kepada ukuran sapuan piawai di seluruh dunia untuk mengukur keberkesanan pelindung cahaya matahari apabila disapu dengan rata pada kadar dua miligram per sentimeter persegi (mg/cm2).

Kini, seiring peredaran masa pelindung cahaya matahari terbaru menawarkan sapuan lebih tahan lama, bahkan tahan air dan peluh terus diperkembangkan.

Pelindung cahaya matahari atau pelindung kulit moden kini didatangkan dalam pelbagai tekstur termasuk losen, semburan dan organik yang menyerap atau memantulkan sinaran ultra ungu (UV) matahari untuk kesihatan kulit.

Kepentingan pelindung matahari

Pertubuhan perubatan seperti Persatuan Kanser Amerika mengesyorkan penggunaan pelindung cahaya matahari untuk mengelakkan kanser kulit.

Namun, Pakar Onkologi dari Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr John Low Seng Hooi berpendapat, masyarakat tempatan kurang diberikan pendedahan mengenai kepentingan menggunakan pelindung matahari dan bahaya pancaran UV.
Jelasnya, biarpun peratusan kanser kulit rendah dengan anggaran enam peratus dalam kalangan lelaki dan empat peratus wanita, tapi pendedahan terhadap cahaya matahari berlebihan boleh mengakibatkan kematian.

"Pancaran UV daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Tidak kurangnya, radiasi tiruan seperti lampu matahari (sunlamps), mesin menggelapkan kulit (tanning booth) juga boleh menyebabkan kanser kulit.

"Sesiapa saja boleh mendapat kanser kulit, tetapi risikonya lebih tinggi bagi mereka berkulit cerah dan faktornya juga dipengaruhi oleh tempat tinggal atau banyak terdedah kepada cahaya matahari. Masalah kanser ini juga lazimnya lebih aktif dalam kalangan individu berkulit cerah berbanding gelap kerana pigmen melanin kulit yang berbeza menjadi penghalang kepada serapan cahaya matahari," jelasnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Jenis kanser kulit

Tiga jenis barah kulit yang utama ialah basal cell carcinoma, squa-mous cell carcinoma dan Melanoma. Jenis basal cell carcinoma, umumnya tidak merebak ke bahagian lain, tetapi kanser itu boleh merosakkan tisu di bahagian ia dikesan.

Dr John berkata, berbeza dengan kanser kulit squa-mous cell carcinoma, ia dalam peringkat bahaya kerana boleh merebak ke bahagian lain badan, Namun, melanoma atau ketumbuhan barah terjadi di kulit, bahkan tampil sebagai kes paling serius biarpun jarang berlaku.

"Melanoma adalam tumbuhan di atas kulit. Kebiasaannya, dari beberapa warna berkisar dari perang kepada hitam. Kadang kala anda boleh melihat warna biru, merah atau putih sebagai sebahagian daripada warna melanoma dan bentuknya pula pelbagai termasuk ketulan.

"Apabila melanoma merebak ke bahagian lain menerusi saluran darah, ia akan tumbuh dan membiak. Jika terkena organ penting, kanser itu boleh membawa maut kepada pesakit," jelasnya.

Cara menghindari

Bagaimanapun, barah kulit boleh dirawat, tetapi masalahnya, sering berlaku melanoma ini terbiar sehingga tumbuh begitu besar. Ini terjadi kerana kebanyakan individu kadangkala tidak begitu memberi perhatian kepada dirinya sendiri, jarang menemui doktor dan sebagainya.

Selain itu, ada kala melanoma gagal untuk dikesan kerana ia tumbuh pada bahagian badan yang tidak dapat dilihat seperti di bahagian belakang, di tumit kaki, di belakang paha, malahan di belakang bahagian lengan. Sebab lain melanoma jarang dapat dikesan ialah kerana ia dipercayai penyakit lain.

Justeru, sebaik-baiknya jika ada tanda-tanda seperti melanoma harus menemui doktor untuk diperiksa. Hanya doktor yang dapat menentukan sama ada ia bahaya dan perlu dirawat.

Separuh daripada tumbuhan itu mungkin dibedah dan dihantar kepada patalogi pakar penyakit untuk menentukan melalui pemeriksaan mikroskopik sama ada tisu itu bahaya atau tidak.

Antara langkah pencegahan boleh diambil ialah elakkan kulit daripada terdedah selalu kepada cahaya matahari. Gunakan losen pada kulit yang terkena cahaya matahari. Bagaimanapun, langkah ini belum tentu dapat menghindarkan melanoma sepenuhnya.

INFO:

Apakah pelindung matahari dan penghalang matahari?

  • Losen pelindung dan penghalang matahari mengandungi satu atau lebih bahan kimia pelindung boleh menyerap, memantul atau menyelerakkan cahaya UV.
  • Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada jumlah perlindungan tertentu terkandung produk pelindung matahari.
  • Bacaan SPF bergantung jumlah angkanya dan bermaksud perlindungan lebih lama terhadap kebanyakan aktiviti luar.

Pilihan penghalang matahari yang sesuai:

  • Cari bahan pelindung memberi perlindungan jalur lebar sinaran ultra ungu A dan B.
  • Pelindung mengandungi bahan pemantul seperti titanium dioksida dan zink oksida memberikan perlindungan terbaik.
  • Pengguna yang kuat berpeluh atau terbabit dengan sukan air, produk kalis air adalah pilihan tepat.

Bagaimana dan bila menggunakan pelindung matahari?

  • Sapukan pada permukaan kulit kering dan bersih, 20 minit ke 1 jam sebelum pendedahan pada matahari.
  • Tunggu sehingga pelindung kering sebelum mengenakan pakaian.
  • Sapu semula bahan pelindung setiap 2-3 jam bila berada di luar terutama ketika berpeluh atau melakukan aktiviti air.
  • Jangan terdedah pada matahari melangkaui tempoh disarankan SPF bahan pelindung
  • Pastikan penggunaan secukupnya. Sekurang-kurangnya 30 gram (g) atau satu genggam penuh untuk perlindungan optimum.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat