{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Potret memori bayi

Posted: 27 May 2013 04:25 PM PDT

Aliran ibu bapa rakam gambar membawa ingatan ke zaman dilahirkan

Klasik malah potret mengisi aksi comel bayi baru dilahirkan juga sarat ciri seni yang mengagumkan.

Di negara Barat, merakam potret bayi menjadi perkara lazim di sana, namun kebelakangan ini, kegilaan itu turut menular dalam kalangan ibu bapa muda di negara ini.

Jurugambar sambilan, Azmir Khalid, berkata potret bayi dirakam bertujuan menyimpan kenangan ketika bayi masih kecil, sebaik-baiknya antara sehari hingga 10 hari.

"Ketika itu, mimik wajahnya berbeza. Ada sesetengah bayi kulitnya menggelupas selepas dilahirkan malahan kaki dan tangan yang kecil terlalu comel, tentu sayang jika tidak dirakam.

"Jadi, itulah tugas utama kami sebagai jurugambar potret bayi kerana seperti yang kita tahu, selepas usia 10 hari, wajah bayi mulai berubah," katanya.

Paling penting, dalam tempoh itu juga bayi lebih banyak tidur berbanding jaga dan ia memudahkan jurugambar mengatur perjalanan penggambaran.

"Bagaimanapun, jurugambar bayi semestinya cukup-cukup memahami kerenah bayi baru lahir dan saya sendiri tiada masalah memberikan mereka sedikit masa untuk menyusu, membuang air besar atau apa saja asalkan mereka selesa untuk dipotretkan," katanya.
Imbau memori

Benar seperti kata Azmir, mengingat kembali kenangan sewaktu bayi masih merah cukup payah dan hanya sekeping gambar mampu mengembalikan ingatan itu dalam bentuk visual.

Justeru, kerana itulah kebelakangan ini merakam potret bayi semakin diterima dalam kalangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Selalunya, untuk satu pakej asas, hanya lapan hingga 10 keping gambar bayi (individu) dan bayi bersama kedua ibu bapa diambil sudah memadai.

"Paling banyak pun untuk sesi membabitkan tempoh dua jam penggambaran atau lebih hanya sekitar 20 keping menonjolkan sisi tertentu seperti wajah, tangan, kaki, kulit yang menggelupas dan sebagainya," katanya yang mengenakan caj sekitar RM300 bagi pakej asas potret bayi.

Memahami situasi ibu dan bayi yang masih kecil, anda boleh memilih untuk melakukan sesi fotografi sama ada di studio atau di kediaman sendiri dan juga ditawarkan di AzmirKhalid Studio milik Azmir.

"Saya tidak ada masalah untuk melakukan sesi penggambaran di mana saja, mengikut keselesaan pelanggan malah, turut menerima tawaran kerja luar Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Dilahirkan dalam keluarga yang suka bergambar, lantas mencambahkan minat bagi akauntan muda ini untuk turut berkecimpung dalam bidang fotografi secara sambilan.

Bagi Azmir, gambar adalah perakam memori terbaik. Mampu membawa ingatan seseorang kembali ke zaman silam terutama sewaktu masih kecil.

"Kami adik-beradik memang ada banyak gambar disebabkan bapa yang minat merakam gambar dan menjadi kegemaran semua untuk membelek kembali album lama. Sebabnya, tidak ramai yang mampu mengingat kembali memori sewaktu kecil.

"Fasa bayi juga adalah salah satu detik yang menarik untuk anak itu lihat sendiri apabila dia sudah besar. Bagaimana mimik muka mereka dan sebagainya. Jadi, kiranya trend ini bermanfaat juga untuk diketengahkan," katanya.

Retro dan klasik

"Jika ikutkan di negara Barat, potret bayi sudah lama berkembang dengan pelbagai konsep diperkenalkan antaranya retro (bersama peralatan hiasan) dan klasik yang lebih semula jadi.

"Saya perhatikan, potret bayi mula mendapat sambutan sejak tiga tahun kebelakangan ini dan ia satu perkembangan baik untuk industri fotografi tempatan," katanya yang lebih senang mengolah potret bayi dengan teknik seni halus berbanding menggunakan peralatan hiasan.

Bagaimanapun, kata Azmir, pilihan gaya fotografi adalah bergantung kepada ibu bapa cuma katanya, potret bayi seharusnya memfokuskan bayi itu sendiri, bukan hiasan lain.

Melihatkan setiap potret dirakam Azmir, cukup ringkas dan bersahaja, tapi ia sebenarnya memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi.

"Sebenarnya tidak semua jurugambar mampu merakam aksi bayi dan dalam masa yang sama, meneliti aspek keselamatan bayi.

"Saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat kajian terhadap teknik fotografi bayi sebelum berani melakukannya secara serius," katanya.

Antara perkara perlu diteliti adalah membabitkan peralatan seperti lampu suluh yang tidak akan membahayakan bayi serta sokongan keselamatan turut diperlukan apabila melakukan teknik bergambar tertentu misalnya menggunakan net, bakul dan sebagainya.

Ketelitian dan kekemasan potret yang dihasilkan Azmir turut menarik minat beberapa selebriti terkenal seperti pasangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Dr Harlina Mohd Yunos; bekas penyampai radio Hot FM, Nik Nor Azura dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya.

INFO

Waktu terbaik merakam gambar bayi.

  • Tempoh kehamilan - lapan hingga sembilan bulan hamil.
  • Sejurus dilahirkan - 0 hingga 10 hari.
  • Usia empat hingga enam bulan - pertama kali meniarap, senyum, merangkak.
  • Setahun - di ulang tahun pertama kelahiran.

Gangguan emosi ibu hamil

Posted: 27 May 2013 04:12 PM PDT

Masalah boleh sebabkan fizikal bayi cacat, kelahiran pramatang

Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa.

Bagaimanapun, setiap bakal ibu mengalami perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan.

Ia kebiasaannya memuncak pada minggu keenam hingga 10 minggu kandungan dan semakin berkurangan apabila memasuki trimester kedua. Akhirnya hilang begitu saja sewaktu kandungan semakin sarat.

Perasaan risau banyak dipengaruhi harapan tinggi bakal ibu bapa itu sendiri terhadap anak mereka. Dikatakan, tekanan itu bermula sejak bayi masih dalam kandungan.

Antara bebanan yang sering membelenggu adalah persediaan menyambut bayi dan perkara remeh seperti "Adakah aku membaca buku kehamilan yang terbaik?, Adakah produk bayi yang dibeli memberi jaminan terbaik? Adakah aku mampu membentuk perkembangan mental dan sosial anak itu nanti?

Bentuk tubuh berubah

Pada sama sama, badan mengalami perubahan dan menyebabkan ibu hamil berasa tidak menarik di mata pasangan.
Ramai benci dengan pertambahan berat mendadak dan berasa diri gemuk sedangkan ia adalah perubahan biasa dialami ibu mengandung.

Selain itu, bebanan emosi bertambah apabila timbul simptom kehamilan seperti pedih ulu hati, penat dan sering mahu buang air kecil.

Wanita yang mengalami fasa ini pasti bersetuju jika keadaan itu pernah membuatkan mereka berasa seperti hilang semangat sehingga ada yang mengatakan tidak mahu hamil lagi. Bebanan itu sebenarnya yang membuatkan emosi anda turun naik dan menjadi tidak stabil.

Justeru, bagi menikmati saat indah membawa insan kecil di dalam kandungan tentunya ramai yang ingin mengetahui kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil.

Adakah bakal ibu perlu risau jika gagal mengawal emosi lebih daripada tiga minggu? Jawapannya anda perlu berjumpa pengamal perubatan sebelum dirujuk kepada kaunselor.

Mungkin anda antara 10 peratus wanita mengalami masalah tekanan (ringan kepada sederhana) sewaktu hamil. Petanda mudah untuk mengenali masalah itu adalah jika anda sering berasa gugup atau cemas.
Jika gangguan kecelaruan emosi lebih berat, anda mungkin mengalami masalah bipolar (gangguan perasaan).

Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

INFO: Kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil

  • Paling mudah tentunya dengan mengingatkan diri bahawa perubahan emosi ketika hamil adalah normal. Jadi, belajar menerima adalah kaedah paling mudah membantu anda menguruskan emosi ketika ia memuncak.
  • Cuba juga jadi lebih santai dan tidak membebankan diri melakukan pelbagai tugasan sebelum melahirkan.
  • Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika sedang menghadapi cabaran mengandung.
  • Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan.
  • Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan prenatal dan menonton wayang bersama teman baik.
  • Luahkan kebimbangan yang membelenggu bersama rakan yang memahami. Luahan atau kata-kata kadangkala mampu menunjukkan jalan penyelesaian kepada kebimbangan anda.
  • Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi. Pastikan cukup tidur, makan yang teratur, senaman dan ceriakan hidup. Kenali apakah punca menyebabkan perasaan terbeban.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat