Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 02 May 2013 07:44 AM PDT Busana tradisional diberi suntikan moden tambah keanggunan pengantin Dalam ketaksuban sesetengah pengantin wanita untuk tampil dengan konsep moden dan kontemporari yang memperlihatkan rekaan ala Inggeris, masih ramai juga yang mahu mengekalkan nilai kemelayuan yang terserlah melalui pilihan tema klasik. Untuk tema seumpama itu, kebaya antara pilihan tepat kerana busana tradisional itu memiliki ciri keunikan dan kelas tersendiri. Kebaya memberikan kesan anggun bagi pengantin wanita. Walaupun potongan rekaannya kini memiliki sentuhan moden, ia tetap dilihat klasik, cantik dan anggun dengan pemilihan warna tepat.
Inspirasi pembaharuan Kebaya juga sudah sekian lama menjadi kebanggaan rumpun Melayu. Justeru, amat bertepatan jika pengantin wanita memilih kebaya yang indah untuk disarungkan pada hari bahagia. Hari ini, kebaya yang dikenali sejak turun-temurun bukan saja hadir dalam pelbagai jenis fabrik, tetapi mengalami satu evolusi yang selari dengan arus kemodenan dan kepesatan industri fesyen tanah air. Malah, ramai pereka fesyen yang mengangkat kebaya ke satu tahap lebih tinggi supaya mampu untuk bersaing dengan busana yang beraspirasikan rekaan Barat.
Perincian kebaya pengantin lazimnya, menyerlahkan gaya sulaman dan tampalan batu-batuan perhiasan yang cantik. Perincian seperti inilah yang menyuntik nilai artistik terhadap busana itu. Lebih menarik, berbanding gaun pengantin Barat yang didominasi warna putih, ragam rona kebaya pula tampil dalam pelbagai variasi. Angkat martabat kebaya Pengasas butik perkahwinan Rumah Kebaya, Sitti Nurohmah Sunandar, berkata seharusnya kebaya diangkat martabatnya dalam perkahwinan di Malaysia kerana ia punya keunikan sejarah tersendiri selain melambangkan tradisi masyarakat Melayu di Indonesia dan Malaysia yang amat unik. "Hanya segelintir wanita Malaysia dan Indonesia yang mengekalkan adat budaya ketimuran. Bukanlah bermaksud rekaan kebaya itu pupus, sebaliknya rekaan kebaya boleh dijadikan elemen utama rekaan pakaian pengantin dan di transformasi ke arah lebih moden selari dengan gaya hidup wanita moden," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Memahami cita rasa wanita hari ini dan menggalakkan masyarakat 'kembali' meminati kebaya, Sitti Nurohmah, terpanggil mengetengahkan rekaan kebaya pengantin yang mengekalkan keunikan tradisional tetapi masih membawa elemen moden. Beliau yang juga pereka pakaian pengantin berunsurkan kebaya, menterjemahkan definisi kebaya dalam rekaan pakaian gaun pengantin. Menerusi jenama Rumah Kebaya, rekaan dicipta sentiasa segar, berinovasi selain mengikut aliran terkini. Rekaan terbaru Sentuhan rekaan koleksi Gaun Kebaya iaitu yang menyerlahkan pada bahagian bawah gaun kepada rekaan lebih kembang menyerupai gaun pengantin moden. Sitti Nurohmah berpendapat, sehingga bila-bila pun kebaya tidak akan lari maksudnya dengan potongan asas mengikut bentuk tubuh cuma ia diubah suai bagi memenuhi cita rasa wanita yang cintakan keindahan dan kemewahan. "Melalui koleksi dicipta, wanita Malaysia dan Indonesia masih boleh mengekalkan kebudayaan dan keunikan pakaian tradisional dalam lenggok lebih anggun dan urban. Rekaan saya ditransformasi kepada gaya lebih indah menerusi perpaduan warna serta pemasangan manik dan labuci kristal serta penambahan sulaman yang direka khas sendiri. "Menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari, kami menitikberatkan mainan warna tegas seperti biru terang, ungu diraja dan hijau pekat. Sentuhan warna lebih lembut juga tidak dilupakan seperti rona kuning cair yang sering kali dijadikan pilihan pengantin yang sukakan kesederhanaan," katanya turut memberitahu, koleksi dihasilkan dengan pemilihan fabrik jaring dan broked yang berkualiti tinggi. INFO: * Rumah Kebaya dipilih kerana 'rumah' dianggap sebagai tempat kehidupan atau ruangan sementara 'kebaya' pula koleksi pakaian warisan dan tradisional yang tidak seharusnya pupus dek zaman. * Rumah Kebaya adalah tempat untuk melindungi koleksi istimewa, selain dijadikan lokasi menyimpan nilai kemewahan yang impikan. * Lokasi : Rumah Kebaya, 26B, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
INFO
* Keserasian Cari pereka baju pengantin yang memang sudah kenali hasil tangannya. Cari keselarasan dan keserasian dengan pereka fesyen yang dipilih. * Waktu Lakukan pencarian lebih awal. Jika inginkan baju pengantin yang baru, paling sesuai dalam masa antara enam hingga lapan bulan sebelum majlis. Jika hanya mahu menyewa, tempoh empat bulan masih boleh diterima * Berat badan Wajib menjaga dan mengekalkannya sama ada busana itu sewa ataupun menempah yang baru supaya baju tidak perlu diubah ukuran baru. * Simpan atau beli Terpulang kepada keinginan pengantin. Kebanyakan pengantin membeli kebaya dari Rumah Kebaya kerana ingin menyimpan sebagai kenangan atau dijadikan sebagai nilai sentimental. * Pemilihan warna Perlu dilihat dari warna kulit pengantin. Tetapi jangan terlalu kecewa apabila warna yang inginkan tidak sesuai, kerana Rumah Kebaya boleh memodifikasi warna atau memadukan warna gelap dan terang demi kepuasan pelanggan. Penentuan warna untuk hal lainnya contoh untuk warna baju keluarga, pelamin dan dekorasi lainnya harus berbeza warna dengan baju pengantin supaya pengantin lebih menonjol dan jelas kelihatan. Pilihlah warna-warna yang seimbang untuk keselarasan majlis. |
Posted: 02 May 2013 07:40 AM PDT Langkah mudah dan pantas, melengkapi sajian dalam kesibukan harian Makanan lazat lagi berkhasiat adalah asas kepada kehidupan sejahtera. Keseronokan lebih dapat dirasakan jika menikmati sajian bersama keluarga di rumah kerana ia membangkitkan kebahagiaan dan suasananya lebih berbeza daripada menikmati sajian di luar. Keistimewaannya lagi terasa apabila makanan dihasilkan dari air tangan wanita untuk suami dan anak tercinta.
Selain itu, laporan terkini menunjukkan, hampir 48 peratus wanita yang dalam kategori isteri dan ibu, memilih untuk bekerja. Apabila peratusan wanita bekerja tinggi, tidak mustahil ramai yang kurang meluangkan masa untuk memasak di rumah. Ada yang menyerahkan tugas memasak kepada pembantu rumah. Ini berikutan, penyediaan makanan untuk seisi keluarga mengambil masa lama dan renyah, selain keadaan dapur yang akan mudah berselerak dan berminyak. Ketua Unit Perniagaan Makanan NestlĂ© Products Sdn Bhd, Rosalyn Simba, berkata wanita moden hari ini lebih suka bergerak pantas kerana sebagai ikon dalam keluarga, mereka mampu melakukan hampir semua perkara termasuk menjaga kesejahteraan rumah tangga - suami dan anak-anak, memasak, mengemas dan membasuh walaupun turut sama membantu menjana pendapatan keluarga. "Senario itu menyebabkan wanita kini lebih gemar melakukan setiap perkara lebih pantas, cepat dan tidak melecehkan tetapi dapat memberikan hasil yang terbaik untuk keluarga, termasuk aktiviti memasak. Setiap naluri seorang isteri atau ibu mahu menyediakan sajian enak untuk keluarga tetapi mahukan penyediaan lebih pantas," katanya pada majlis pelancaran MAGGI® Magic MealsTM di Solaris, Publika baru-baru ini.
Penyediaan pantas Berpegang kepada falsafah, memasak di rumah perlu digalakkan dalam institusi kekeluargaan kerana ia berperanan utama dalam budaya kita, pengeluar produk makanan bermutu tinggi, NestlĂ© Malaysia menerusi jenama makanan global terkenal, MAGGI tampil membantu wanita menghidangkan makanan berkhasiat dan lebih pantas. Memudahkan penyediaan lebih pantas, rangkaian produk baru iaitu MAGGI® Magic MealsTM diperkenalkan dan ia diperhebatkan dengan inovasi terunggul. Produk itu pertama dan satu-satunya di Malaysia yang direka khas untuk dimasak lauk di dalam periuk nasi. Rosalyn berkata, ini cara masakan yang unik iaitu lauk dimasak di dalam beg masakan dan dimasak bersama nasi di dalam periuk nasi. "Ia adalah asas kukuh yang memenuhi keperluan penyedia makanan dengan memahami selera pelanggan tempatan. MAGGI menterjemahkannya menjadi inovasi produk terbaik bagi membolehkan setiap wanita memenuhi cita rasa dan selera keluarga menerusi resipi ringkas yang mudah disediakan di rumah," katanya. Langkah mudah Rosalyn berkata, kaedah memasak dalam beg masakan itu selamat, malah mematuhi peraturan Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah serta tahan haba. "Kajian mendapati, memasak dengan beg masakan ini dapat membantu mengekalkan rasa dan khasiat daging serta sayuran untuk menjadikan hidangan lebih lazat dan penuh rasa. Tambahan lagi produk baru ini ialah pilihan lebih baik kerana ia tidak memerlukan minyak untuk dimasak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |