Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 02 May 2013 10:08 AM PDT Tunku Ismail terharu penyokong Johor pelbagai masyarakat bersatu beri sokongan padu Johor Bahru: Semangat dan sokongan padu secara konsisten penyokong Johor Darul Takzim terhadap skuad bola sepak negeri berjaya menambat hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam satu kenyataan media semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu amat terharu dengan sokongan mereka mengiringi cabaran skuad Harimau Selatan sejak kempen liga domestik bermula yang ditakrifnya sebagai cukup luar biasa. "Secara peribadi saya gembira melihat rakyat Johor pelbagai masyarakat, bersatu memberi sokongan kepada pasukan Johor DT dan Johor dan suasana itu adalah satu penghormatan kepada pemain yang beraksi bersama Johor DT dan Johor malah akan cuba sedaya upaya menterjemahkannya dengan kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi," katanya. Ketika aksi Liga Super berbaki lapan perlawanan lagi, Johor DT tampak memasang iltizam untuk memburu gelaran - sama ada juara liga, Piala FA atau Piala Malaysia sebagai hadiah tanda penghargaan kepada penyokong setia dalam kempen Liga Malaysia, musim ini. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 02 May 2013 08:00 AM PDT Kuala Lumpur: Pengendali Tentera, B Sathiananthan menjadi jurulatih paling gembira dengan memiliki banyak pilihan apabila semua anak buahnya bebas daripada kecederaan dan penggantungan untuk diturunkan pada aksi ke-15, Liga Super menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang ini. Dengan hanya ketinggalan empat mata dengan pendahulu liga, Lions XII, Tentera dilihat menjadi salah satu pasukan yang mampu mencabar kejuaraan domestik musim ini apa lagi dengan ketajaman penyerang import, Marlon Alex James di depan gawang lawan dan kembalinya sentuhan jaringan oleh Hairuddin Omar.
Daripada perkhabaran positif itu, The Gladiators tidak mampu terus tercicir mata dan perlu mengutip mata maksimum dalam baki lapan perlawanan selepas impian menjulang Piala FA musnah seawal pusingan pertama selepas tewas kepada Selangor. "T-Team pasukan yang baik dan mereka berada di prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Daripada pengalaman, saya akui bermain sebelah petang memberikan masalah buat kami. "Kami perlu waspada kerana ia akan jadi aksi sukar buat kami. Semua pemain boleh diturunkan termasuk Fitri Omar yang sudah menamatkan penggantungan empat perlawanan dan kami perlu menang untuk terus beri asakan kepada pasukan di atas," kata Sathia. Pada pertembungan pusingan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 Januari lalu, Tentera yang kini menghuni tangga ketiga Liga Super tidak berdepan masalah untuk menang 3-0. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |