{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Kelantan, Selangor mara

Posted: 30 Apr 2013 01:12 PM PDT

The Red Warriors benam Ayeyawady muncul juara Kumpulan G Piala AFC

Kota Bharu: Dua gergasi bola sepak tanah air - Kelantan dan Selangor - mencapai apa dihajati apabila mencipta bangga mara ke pusingan kedua Piala AFC, malam tadi.

Kelantan gah muncul juara Kumpulan G selepas menundukkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV manakala Selangor menumpaskan wakil Singapura, Tampines 3-2 dalam saingan Kumpulan H di tempat lawan.


The Red Warriors dan pelawat beraksi hambar pada 20 minit pertama tetapi masuk minit ke-24, anak buah Bojan Hodak mula menunjukkan penguasaan dan mendapat peluang berada di depan menerusi Lek Kcira selepas menerima hantaran daripada Khairul Izwan Rosli, namun tandukannya terus ke dakapan penjaga gol Ayeyawady, Aung Min Khant.

10,000 penyokong ceria

Pada minit ke-42, Petratos menggembirakan kira-kira 10,000 penyokong setia TRW apabila sepakan percuma pemain itu merobek gawang lawan untuk gol pertama Kelantan.
Selepas rehat, pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab Halim mengukuhkan kedudukan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-70 selepas membuat larian solo dari tepi padang sebelum merembat kencang untuk menewaskan Aung Min Khant.

Nay Lin Tun berjaya merapatkan jurang gol buat Ayeyawady pada minit ke-80 selepas berjaya menanduk masuk bola sepakan penjuru Dominik Bersnjak.

Namun, kegembiraan Ayeyawady meraikan gol pertama tidak bertahan lama apabila kapten, Mohd Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-83 selepas sepakan sudut diambilnya melencong terus menerjah jaring Ayeyawady. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

FAM mesyuarat 10 Julai rangka draf pindaan Artikel 88

Posted: 30 Apr 2013 01:05 PM PDT

Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat exco 10 Julai ini bagi merangka draf akhir mengenai pindaan terhadap Artikel 88 Statut FAM yang sentiasa menjadi perdebatan hangat di kalangan penggiat bola sepak tempatan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata mesyuarat berkenaan yang bakal dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah dijangka menyentuh mengenai beberapa perkara yang menjadi persoalan ramai pihak termasuk polisi dan peraturan badan induk bola sepak kebangsaan itu.

"Sekiranya ahli exco bersetuju dengan draf akhir yang diputuskan pada mesyuarat itu nanti, ia akan dibawa ke Kongres Tahunan FAM pada 17 Ogos ini untuk diputuskan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi kelulusan memandangkan ia membabitkan perlembagaan FAM," katanya di Wisma FAM, semalam.
Sekiranya ahli exco bersetuju dengan draf akhir yang diputuskan pada mesyuarat itu nanti, ia akan dibawa ke Kongres Tahunan FAM pada 17 Ogos ini untuk diputuskan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi kelulusan memandangkan ia membabitkan perlembagaan FAM," Datuk Afandi Hamzah, Naib Presiden FAM.

Mangsa Artikel 88

Antara yang menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didenda RM18,000 selain digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 8 Mac lalu.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal juga pernah dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan atas dakwaan mengkritik badan induk.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin mengesahkan beliau masih belum mengetahui nama calon yang disenarai pendek oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk menggantikan beliau selaku Setiausaha Agung FAM yang baharu.
Pada 10 April lalu, beliau mengumumkan akan melepaskan jawatan disandang sejak 2007 bagi mengambil alih jawatan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) daripada Datuk Seri Paul Mony Samuel yang meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat