{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Amaran Amri!

Posted: 09 May 2013 03:52 PM PDT

Kuala Lumpur: Paulo Rangel tidak dinafikan harapan Perak, namun pelawat itu harus gelisah andai berpandu kepada kata-kata penyerang Selangor, Amri Yahyah, semalam.

Ayam tambatan skuad Merah Kuning itu memberi mesej jelas mahu bantu pasukan merampas semua mata daripada lawan itu dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam mengerti kemenangan akan kembali menyalakan impian mereka memburu mahkota kejuaraan.

Bagi saya, peluang menjuarai liga masih terbuka, cuma kami perlu memastikan tiga mata diraih dalam baki perlawanan musim ini, termasuk esok (malam ini). Kami hanya perlu fokus terhadap pasukan sendiri tanpa memikirkan pasukan lawan, kata Amri ketika ditemui ketika majlis perasmian pembukaan kedai makan dimiliki rakan sepasukannya, Mohd Bunyamin Umar di Cyberjaya, semalam.

Azraai akur lawan hebat

Selangor dengan prestasi memuncak Francis Forkey Doe ketika ini harus memadamkan cabaran Perak di laman sendiri tetapi penyerang pelawat, Rangel tetap dilihat ancaman besar dan pertembungan ini harus menjelmakan kualiti gempuran terbaik daripada kedua-dua pemain import ini.

Apa pun, jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah akur betapa perkasa jentera Selangor ketika ini dan menuntut aksi terbaik daripada anak didiknya.

Saya melihat rakaman video perlawanan mereka baru-baru ini dan hakikatnya mereka mantap pada setiap posisi, katanya.
Pemain tuan rumah juga ada sebab untuk mengilhamkan kemenangan selepas mendapat teguran Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menegaskan pihak pengurusan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang dilihat beraksi sambil lewa dan bukan pada tahap prestasi sebenar mereka.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Moral Kelantan memuncak

Posted: 09 May 2013 02:00 PM PDT

Kota Bharu: Tiga kemenangan berturut-turut dilakar Kelantan sebelum ini sekadar memberi gambaran betapa Bojan Hodak yakin anak didiknya dapat menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi, malam ini.

Misi ketua jurulatih The Red Warriors itu jelas - mahu memburu kemenangan berikut untuk berada dalam kelompok lima teratas liga.

Anak buah saya sudah mula menunjukkan kebangkitan selepas berjaya meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini. Moral mereka kini semakin tinggi untuk terus mencipta kemenangan.

Masih belum terlambat untuk kami bangkit dan memperbaiki kedudukan. Walaupun peluang mengekalkan kejuaraan liga yang dikecapi musim lalu semakin tipis, namun kami tetap akan berusaha untuk sekurang-kurangnya berada dalam lima pasukan terbaik.

Semua baki perlawanan yang akan ditempuhi ini adalah penting dan kami perlu menang untuk terus membaiki kedudukan, katanya, semalam.

Dickson mungkin turun

Kelantan kini berada di tangga kelapan liga dan memungut 20 mata selepas 15 perlawanan.
Selain itu, Bojan berkata, beliau mungkin akan menggunakan khidmat penyerang import, Dickson Nwakaeme dalam perlawanan malam ini biarpun pemain itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Katanya, Dickson memainkan peranan penting di barisan serangan TRW dan ia terbukti selepas berjaya membantu Mohd Badhri Radzi atau Piya menjaringkan gol ketiga Kelantan ketika pertemuan dengan FELDA United walaupun dimasukkan pada tujuh minit terakhir.

"Dia (Dickson) memainkan peranannya dengan baik di barisan depan. Walaupun dia masih belum pulih sepenuhnya, tapi saya tetap berharap dia boleh bermain membantu pasukan, katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat