Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Fandi terdesak cari ramuan terbaik Posted: 10 May 2013 02:38 PM PDT Johor Bahru: Sudah terbit rasa gelisah pada wajah ketua jurulatih, Fandi Ahmad di sebalik misi memburu tiga mata menjelang pertemuan menentang PKNS Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini. Apa yang jelas pengendali berkenaan tidak dapat menyembunyikan perasaan itu ketika terdesak mencari ramuan terbaik memantapkan barisan pertahanan selepas Aidil Zafuan Abd Radzak masih belum pulih daripada kecederaan dan mungkin diketepikan. Mungkin Ahmad Tharmimi Saiban akan beraksi pada perlawanan malam esok (malam ini) dan saya akan pastikan benteng pertahanan tidak lagi goyah memandang tiga mata amat penting buat Johor DT kembali ke landasan kemenangan mengejar kelompok tiga teratas liga. Perlu maklum balas Keadaan Nurul Azwan Roya juga belum dipastikan lagi sama ada dapat diturunkan kerana dia juga mengalami kecederaan. Saya perlu mendapat maklum balas daripada pegawai fisioterapi berhubung kecergasan pemain itu. Apa pun jika terpaksa mengubah formasi saya akan lakukan, katanya. Aksi menentang PKNS Selangor amat penting buat skuad Harimau Selatan tatkala beraksi di laman sendiri selepas dipalit dengan dua kekalahan iaitu tewas kepada Tentera 2-0, Selasa lalu dan kecundang kepada Perak 3-0, 27 April menyebabkan skuad itu jatuh ke tangga kelima. Kami harus berwaspada kerana PKNS Selangor mendapat tonik terbaik selepas menang 2-1 ke atas T-Team dan mereka pasti mahu menghalang hajat besar Johor DT buru kemenangan. Saya mahu pemain Johor DT tidak leka sepanjang 90 minit perlawanan, kata Fandi. |
Red Warriors mula tunjuk belang lama Posted: 10 May 2013 02:38 PM PDT Seremban: Negeri Sembilan terus kempunan untuk mencapai kemenangan pertama musim ini apabila dibelasah Kelantan, 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. Persembahan kucar kacir dipamerkan jelas bukan tandingan kepada Kelantan yang memperagakan aksi mantap, malah tuan rumah sudah menerima tentangan sebaik wisel dimulakan menerusi gandingan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nor Farhan dan Mohd Haris Safwan. Leandro kurang berkesan Kelantan terus melakukan beberapa asakan terutama menerusi Nor Farhan dan Indra Putra Mahyuddin dan mereka hampir menambah jaringan tetapi percubaan dilakukan dapat dihalang Hamsani. Menyedari sumbangan Leandro Barbosa Fabio kurang berkesan, pengendali skuad Hobin Jang Hobin, Divaldo Alves mengeluarkan penyerang import dari Brazil itu dan menggantikannya dengan Amirul Omar sebaik separuh masa kedua bermula. Peluang terbaik tuan rumah diperoleh pada minit ke-53, tetapi sepakan deras Ahmad Shakir Md Ali dari luar kotak penanti ditangkap kemas Khairul Fahmi Che Mat.. Episod duka Negeri Sembilan berterusan apabila gerakan solo Nor Farhan pula memerangkap pertahanan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-81. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |