Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Castro cuma layak dihukum mati Posted: 10 May 2013 09:40 AM PDT Cleveland: Seorang daripada anak perempuan kepada lelaki yang dituduh menculik tiga remaja perempuan selama 10 tahun termasuk kawan baiknya sendiri menggesa agar bapanya diberikan hukuman mati, lapor media semalam. Arlene Castro berkata, bapanya Ariel Castro patut dihukum mati atas apa yang telah dilakukan terhadap tiga wanita terbabit. Pendedahan mengenai pembabitan bapanya dalam kes kehilangan Gina DeJesus memang mengejutkan kerana Arlene dan Gina adalah rakan sekelas dan mereka kawan baik sebelum itu. Bagi Arlene, hanya hukuman mati layak dan boleh membuat Castro "menderita dengan perbuatannya" kerana mengurung Gina, Amanda Berry dan Michelle Knight sebagai tawanannya selama satu dekad. Akhbar turut mendedahkan bahawa lima anak Castro berikrar untuk tidak melawatnya di penjara kerana mereka sangat jengkel dengan perbuatannya. ARLENE tidak dapat menahan sebak ketika diwawancara stesen televisyen semalam. ELIDA Caraballo menceritakan pelbagai penderitaan dan seksaan dialami kakaknya, Grimilda Figueroa ketika menjadi isteri Castro, semalam.
Polis berkata, Castro kemudian menawarkan untuk menumpangkan Gina pulang, tetapi sebaliknya membawa remaja terbabit ke kediamannya di Cleveland, Ohio di mana mangsa menjadi hamba seksnya selama 10 tahun. Arlene adalah seorang daripada empat anak dilahirkan isteri pertama Castro, Grimilda Figueroa yang mati tahun lalu selepas dipukul selama bertahun-tahun lelaki terbabit. Castro dan Grimilda tinggal di tingkat dua apartmen ibu bapa Grimilda selama lima tahun mulai 1986. Satu daripada pintu yang ditutup Castro bagi menjauhkan Grimilda daripada ibu bapa wanita itu masih berkunci selama bertahun-tahun selepas mereka berpindah keluar kerana Castro membawa bersama satu-satu kuncinya, kata kakak ipar Grimilda, Nancy Figueroa. Castro dan Grimilda atau nama gelarannya Nilda berpindah keluar pada 1992 apabila dia membeli rumah di Seymour Street. Rumah itu juga menjadi tempat dia mengurung tiga wanita terbabit selama sedekad. Bapa Grimilda, Ismael Figueroa berkata, dia bersemuka dengan Castro sejurus selepas dia berpindah dengan anak perempuannya kerana mendengar pasangan pengantin baru itu terus bergaduh, tetapi selalu sentiasa dihalang. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
Posted: 10 May 2013 09:34 AM PDT Cleveland: Pendakwa raya akan mencadangkan Ariel Castro dihukum mati atas kesalahan mengurung tiga wanita di kediamannya selama sedekad. Polis juga bakal mendakwa Castro menghamilkan seorang daripada tawanannya sekurang-kurangnya lima kali dan membuatkan mangsa keguguran dengan membiarkan wanita itu kelaparan dan menumbuk perutnya.
Pendakwa Timothy McGinty berkata, pejabatnya akan memutuskan sama ada untuk mengenakan tuduhan membunuh yang membawa kepada hukuman mati.
McGinty berkata, Castro akan didakwa untuk setiap perbuatan keganasan seksual, serangan dan jenayah lain yang dilakukan terhadap wanita, mencadangkan pertuduhan itu mungkin disenarai ratusan hingga ribuan. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |