Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 19 May 2013 03:05 PM PDT Kota Bharu: Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim memuji persembahan anak buahnya yang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Kelantan pada perlawanan Liga Super, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam kelmarin walaupun pemainnya dibelenggu masalah keletihan. Irfan Bakti berkata, kejayaan mencuri satu mata dalam perlawanan itu harus mendapat pujian walaupun bermain di bawah kemampuan sebenar kerana faktor keletihan. "Pemain saya berhak mendapat pujian kerana walaupun keletihan, mereka tetap memberi tentangan sengit kepada Kelantan dan hampir mencipta kemenangan. Pemain Kelantan mempunyai kelebihan kerana mempunyai rehat 24 jam lebih awal berbanding pemain saya. Walaupun hanya mendapat satu mata, namun ia cukup berharga buat kami dalam usaha memburu tempat pada kelompok tiga pasukan teratas," katanya ketika ditemui selepas perlawanan. Dalam perlawanan itu, Selangor terlebih dulu mencipta jaringan menerusi pemain import, Adam David Griffiths pada minit ke-55 sebelum Zairo Anuar Zalani menjaringkan gol penyamaan buat Kelantan pada minit ke-66. Sukar kejar gelaran Katanya, pasukannya tidak boleh tercicir mata dalam baki perlawanan bagi membolehkan Red Giants berada pada kelompok tiga pasukan teratas Liga Super. "Kami masih belum mengaku kalah untuk merebut tempat kedua dan ketiga. Tapi saya akui sukar buat kami untuk menjadi juara liga selepas lapan mata ketinggalan di belakang Lions XII. |
Posted: 19 May 2013 03:01 PM PDT Kota Bharu: Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan kekecewaan terhadap bekas pemain kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani yang gagal menyerlah dalam beberapa aksi bersama The Red Warriors (TRW). Jurulatih berusia 42 tahun dari Crotia itu berkata, beliau tidak mengetahui punca dan tekanan yang membelenggu Ahmad Fakri sehingga gagal memberikan aksi terbaik terutama apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dan yang terbaru ketika menentang Selangor, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Katanya, apa yang beliau lihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini Ahmad Fakri bermula dengan baik tapi moralnya mula jatuh sebaik saja dia melakukan satu kesilapan dan ia lebih ketara apabila beraksi di Kota Bharu. "Saya tidak pasti apa masalah dia (Ahmad Fakri) sehingga gagal memberikan aksi terbaik. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila bermain di sini (Kota Bharu). Saya juga tidak tahu sama ada bermain di hadapan penyokong sendiri memberi tekanan kepada dia. "Saya perlu bercakap dengan dia menanyakan punca dia gagal memberikan aksi terbaik. Dia bagus ketika latihan dan dapat bermain lebih baik di tempat lawan berbanding di tempat sendiri," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin. Kesilapan mudah
Hodak juga tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan itu yang banyak melakukan kesilapan malah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |