Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 May 2013 12:51 PM PDT Khairy anggap BAM dalam krisis; cadang suntik muka baru Putrajaya: Bertanggungjawab sepenuhnya, berundur dan bagi peluang muka baru menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Itu kesimpulan untuk badan induk itu berikutan kekalahan memalukan skuad negara di Piala Sudirman, kelmarin. Saya hormat keputusan BAM nak pilih sesiapa saja yang sesuai untuk jadi pegawai, tetapi saya harap mereka juga akan dengar pandangan KBS yang mewakili suara rakyat bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena pada pengurusan pada waktu dan ketika ini." Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Kekalahan memalukan kepada Taiwan dan Jerman juga mengundang rasa kecewa bekas pemain beregu negara, Jalani Sidek yang senada dengan Khairy apabila menyoal sistem diguna pakai BAM sambil membidas badan induk itu hanya tahu bida hak tuan rumah, tetapi tidak tahu mencanang barisan terbaik. Khairy kecewa Tanpa berniat campur tangan, Khairy merasakan saranan itu memang tepat kerana BAM dijadualkan mengadakan sesi pemilihan jawatankuasa baru akhir bulan ini dan beliau berharap ahli jawatankuasa badan induk bijak membuat pilihan mencari barisan pemimpin berwibawa. Beliau yang turut menyaksikan perlawanan menentang Jerman di Stadium Nasional, kelmarin tidak menyembunyikan rasa kecewa dengan prestasi pemain dan menyifatkan sebagai suatu krisis. Namun, beliau menegaskan peminat perlu faham menteri tidak berkuasa merombak struktur pengurusan persatuan kerana terikat dengan perlembagaan persatuan. Pegawai atasan badminton harus dengan pandangan Namun, katanya, kementerian berhak menentukan setiap bantuan diberi kepada persatuan perlu ada hasil seperti diharapkan iaitu peningkatan dan pencapaian atau dalam erti kata lain - bantuan sedia ada boleh dikaji semula. "Saya hormat keputusan BAM nak pilih sesiapa saja yang sesuai untuk jadi pegawai, tetapi saya harap mereka juga akan dengar pandangan KBS yang mewakili suara rakyat bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena pada pengurusan pada waktu dan ketika ini. "Oleh kerana akan ada pemilihan baru tak lama lagi, saya harap kita boleh bincang dengan kepimpinan baru supaya dapat susun semula BAM," katanya. Sementara itu, Jailani menyoal sistem diguna pakai BAM kerana dengan dana penajaan diperoleh badan induk itu mereka masih gagal melahirkan pemain bertaraf dunia. "Dengan penajaan yang diterima ini saja ke pemain yang kita ada? Sampai bila kita mahu harapkan Lee Chong Wei sedangkan pemain lain tidak ke mana. Saya tidak terkejut jika sudah tidak ada orang mahu menyaksikan perlawanan badminton lagi selepas Chong Wei bersara kerana peminat pasti sudah jemu apabila pemain negara sering tewas. "Situasi ini jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem BAM itu sendiri kerana mereka terus gagal melahirkan pemain bertaraf dunia. BAM hanya tahu bida hak tuan rumah, tetapi tidak tahu mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi saingan Piala Sudirman, seolah-olah tidak ada kerja rumah yang dilakukan selepas bidaan dibuat," kata Jailani. |
Zulfahmi sasar posisi 5 teratas Posted: 22 May 2013 12:45 PM PDT Putrajaya: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengesahkan dia bebas daripada sebarang kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Le Mans, Perancis, minggu lalu dan bersedia menghadapi saingan seterusnya. Bahkan, pelumba Red Bull KTM Ajo itu yakin, dia mampu mengurangkan risiko kemalangan dan menetapkan sasaran menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima teratas.
Mengulas mengenai kecederaan tangan yang belum pulih sepenuhnya, Zulfahmi berkata, dia sudah menjalani pemeriksaan serta imbasan sinar X di Institut Sukan Negara (ISN) kelmarin dan disahkan selamat untuk beraksi. "Sakit itu akan hilang setiap kali menjelang perlumbaan. Cuma saya belum betul-betul serasi dengan jentera baru, tetapi ia semakin bagus. Pasukan juga sentiasa membaiki sistem dan cuma meningkatkan motosikal," katanya selepas kunjungan ke pejabat Khairy di Kementerian Belia dan Sukan, di sini, semalam
Bagi anak kelahiran Banting, Selangor itu, kekecewaan menamatkan perlumbaan dalam siri perlumbaan terakhir membuatkannya kecewa namun berdasarkan persiapan akhir seminggu lalu, Zulfahmi mengakui dia tetap positif dan tidak sabar meneruskan aksi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |