Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 05 May 2013 02:45 PM PDT Pahang mahu tebus kekalahan tipis 2-3 pada pusingan pertama Kuantan: Misi balas dendam menjadi fokus utama skuad kendalian Dollah Salleh apabila melayan kunjungan Selangor di Stadium Darulmkamur, malam esok.
Bagi pemain tengah, Azamuddin Mohd Akil, dia percaya prestasi semasa skuad itu mampu menyekat skuad kendalian Irfan Bakti daripada membawa pulang mata. Biarpun sedar peluang adalah 50-50, pemain kelahiran Lipis, Pahang itu tidak rela tiga mata terlepas kerana misi skuad itu adalah mendekatkan jurang mata dengan pendahulu liga. "Namun, saya sedikit terkilan kerana kami berkemungkinan besar tidak dapat beraksi bersama Matias Conti kerana kecederaan hamstring yang dialami pemain import itu masih belum sembuh. "Tetapi, saya serta rakan lain percaya jika komitmen tinggi dan semangat juang mampu dipersembahkan dengan baik, Pahang akan melangkah gembira meraih tiga mata di hadapan penyokong sendiri," katanya semalam.
Sementara itu, pengurus Pahang, Datuk Che Salleh Salleh berkata, kekalahan di tangan ASelangor lalu sememangnya menyentap semangat pemainnya tetapi mereka sudah bersedia untuk menggempur Selangor bagi meraih tiga mata berharga. Katanya, prestasi yang kian meningkat dipamerkan pemain Pahang membuktikan pasukan kali ini lebih mantap untuk bersaing dengan pasukan teratas liga ketika ini. "Bagi saya, pemain mampu melakar kejayaan jika komitmen tinggi dan corak permainan terbaik dapat dipersembahkan kerana pusingan kedua adalah penentu segalanya. "Saya cuma mahu pemain bijak memanfaatkan segala peluang dan pada masa sama tidak membenarkan lawan membolosi gawang," katanya. |
T-Team yakin bangkit elak tersingkir ke Liga Perdana Posted: 05 May 2013 09:14 AM PDT Kuala Terengganu: Penolong jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor mengakui dia belum mahu berputus asa dengan kedudukan pasukan di tangga kedua tercorot Liga Super, sebaliknya yakin pemain muda The Titans akan bangkit menyelamatkan pasukan tersingkir ke Liga Perdana, musim depan. "Saya yakin pasukan dan pemain akan bekerja keras memastikan T-Team mencatatkan kemenangan dengan mengutip seberapa banyak mata dalam baki perlawanan dan keluar daripada zon penyingkiran," katanya.
"Bagi saya hanya satu perkara dapat menyelamatkan pasukan ini terus beraksi dalam Liga Super tahun depan iaitu mengutip semua mata dalam baki tujuh perlawanan yang akan diharungi. Peluang kekal beraksi "Saya rasa pasukan ini berpeluang kekal beraksi dalam Liga Super dan yang paling penting pemain harus memberi yang terbaik dan mengutip tiga mata penuh dalam semua perlawanan," katanya. Dia yang mengambil alih pasukan itu selepas ketua jurulatih, Peter Butler direhatkan pihak pengurusan pada 9 April lalu berkata, penyerang import baru, Damir Ibric juga masih belum menampakkan keserasian bersama rakan sepasukan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |