felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
'Huru hara': Kenyataan Pengurus <b>Felda</b> boleh gugat keselamatan <b>...</b> Posted: 17 Feb 2013 10:45 PM PST (Oleh Arif Juhani) KUALA LUMPUR 18 FEB: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan kenyataan Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein untuk membuat 'huru-hara' ketika ceramah Anak pada 4 Februari lalu sangat berbahaya dalam konteks keselamatan. Katanya, kenyataan itu lebih bahaya jika benar wujud perbincangan antara Felda dan polis seperti yang dipaparkan oleh Alias dalam video you tube yang tersebar luas di internet sejak beberapa minggu lalu. "Siasatan mesti dibuat kerana kenyataan itu mencerminkan sikap sebenar polis, jika terbukti kenyataan itu palsu, Alias mesti didakwa kerana berbohong atas nama polis. "Tetapi jika benar kenyataan itu, jelas ini satu konspirasi antara Felda dan polis dan kita tidak boleh menerima situasi ini. "Ungkapan "huru-hara" itu hanya mengundang satu keadaan yang mana elemen-elemen luar mendapat lesen untuk melakukan provokasi," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu. Beliau berkata dalam sidang media selepas pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang diwakili Datuk Awaludin Jadid, Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial dan beberapa pegawai kanan polis. Dalam pertemuan itu, Mazlan turut menyerahkan memorandum bantahan berhubung insiden di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari lalu. Mazlan turut mempersoalkan kehadiran Perkasa dalam mesyuarat berkenaan kerana pertubuhan ultra Melayu itu langsung tiada kaitan dengan Felda. "Sebagai anak peneroka, biasanya dalam mesyuarat pentadbiran, Felda hanya menjemput Jawatankuasa Kampung (JKK), ketua blok bagi setiap segmen masyarakat, kumpulan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), imam dan polis. "Kita melihat kewujudan Perkasa tidak lain hanyalah untuk menimbulkan suasana tegang dalam program Anak. "Kita turut minta polis siasat Perkasa kerana mereka elemen luar paling aktif membuat provokasi pada malam 4 Februari lalu dengan membuat bising dan menyekat jalan walhal hanya polis boleh menyekat laluan," katanya. Selain itu, Anak turut mempersoalkan sikap berdiam diri polis ketika berlaku insiden di Felda Bukit Rokan Utara apabila aktivis Kembara Oren dicederakan. "Jadi, selain menyiasat dakwaan, Anak juga desak KPN beri kenyataan berkenaan bidang kuasa polis dan hak penganjur berlandaskan prinsip keluhuran perlembagaan," katanya. Turut hadir peguam Anak, Harris Abdullah; YDP PAS Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob dan aktivis Anak. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45338 |
Rakaman sebut polis beri arahan huru hara di <b>Felda Sungai Tengi</b> <b>...</b> Posted: 08 Feb 2013 08:21 PM PST SELANGOR 9 Feb: Satu rakaman video mesyuarat untuk merancang huru-hara ketika ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet. Rakaman 15 minit itu dimuat naik ke Youtube dengan tajuk "Perancangan jahat 'Umno Untuk Serang Ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Terbongkar'. Ia memaparkan penerangan pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengurus Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan menghalang ceramah Presiden Anak, Mazlan Aliman. Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut berkata tindakan itu direstui pegawai polis. "Gerak kerja kita, kalau dia (Mazlan) terlepas juga masuk sepertimana pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah macam membantah lah, kita buat huru hara," "Tapi jangan bergaduh, saya minta sangat lah jangan bergaduh.." Kenyataan itu segera disampuk salah seorang daripada mereka yang berkata "Kalau dah huru hara bergaduh jugak.." dan disambut ketawa mereka yang berada di situ. Pengerusi Felda berkenaan kemudian menyebut arahan itu datang dari pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru. "Kalau dia buat ceramah tu kita buat bising lah, Itu yang pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru, pesan kat saya tadi," katanya dipetik dalam rakaman itu sambil menambah ia dilakukan dengan tujuan membatalkan program tersebut. Dalam pada itu maklumat di Facebook menyatakan mesyuarat itu dihadiri pengurusan Felda Sungai Tengi, Perkasa, Umno, Seranta dan Majlis Belia Felda. Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman dilapor diserang kumpulan didalangi Umno ketika hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Mazlan berkata kira-kira 100 samseng membaling botol, kerusi, kun dan pelbagai objek lain. Malah mereka juga menumbuk dan menendang Unit amal Pas. Oleh kerana samseng-samseng berkenaan enggan beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah itu kemudian di batalkan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44670 |
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |