Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya Posted: 04 May 2013 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan ekoran pertambahan kenderaan disebabkan ramai pemilih pulang ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi esok untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan trafik bergerak perlahan menuju ke utara dari Subang ke Bukit Lanjan dan dari Tanjung Malim menuju ke Behrang kerana terdapat kemalangan kecil di Km394.9.
Di bahagian selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Nilai menuju ke Seremban dan dari Senawang menuju ke Pedas. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan selepas plaza tol Gombak menuju ke Bukit Tinggi. Beliau berkata, secara keseluruhan aliran trafik pada waktu petang masih terkawal. - BERNAMA
|
PRU13: Sebanyak 723 pusat mengundi dibuka di seluruh Sabah esok Posted: 04 May 2013 02:37 AM PDT KOTA KINABALU: Sebanyak 723 pusat mengundi dibuka di seluruh Sabah mulai 8 pagi esok bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah Datuk Md Idrus Ismail berkata pusat terbabit yang melibatkan sekolah, dewan dan balai raya secara amnya akan ditutup pada jam 5 petang.
"Selain itu, antara kawasan terpencil lain seperti di Sekolah Gana, Kota Marudu; Sekolah Kebangsaan Triang, Moyog di Penampang; Sekolah Kebangsaan Buayan, Penampang dan Sekolah Kebangsaan Longkogungan, Penampang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, semua pengiraan undi di kawasan terbabit akan dilakukan pada 12 tengah hari manakala pengiraan undi bagi kawasan lain dimulakan selepas jam 5 petang. Md Idrus menjangka keputusan pertama akan diketahui seawal 8 malam khususnya melibatkan kawasan di bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sepanggar, Sandakan dan Libaran. Sementara kawasan pedalaman termasuk Kudat, Pitas dan Pensiangan mungkin menerima keputusan paling lewat, katanya.
Beliau turut menasihatkan pengundi untuk keluar mengundi awal kerana cuaca diramal baik pada sebelah pagi. "Bagaimanapun, masa paling sesuai adalah pada sebelah petang untuk mengelakkan kesesakan dan orang ramai dinasihat sediakan payung kerana cuaca diramal hujan pada sebelah petang," katanya. Seramai 17,615 petugas SPR Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bertugas pada proses pengundian PRU13, esok. Pada PRU ini, Sabah mempunyai pengundi berdaftar seramai 981,814 merangkumi 48.44 peratus Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam (28.36 peratus), Cina (17.5 peratus) dan kaum-kaum lain (6.05 peratus). Sabah mempunyai 60 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU-13. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |