{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Jari kaki putus

Posted: 03 May 2013 03:16 PM PDT

"Saya terdengar bunyi dentuman kuat di luar kaunter. Ketika itu, saya ternampak sebuah kontena betul-betul di hadapan saya pada jarak 15 meter sebelum mendengar pemandunya meraung kesakitan," kata Nor Farah Affiza Othman.

Nor Farah Affiza, 27, jurutol di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, berkata, ketika kejadian lori kontena yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Noorhisham, 31, cuba mengelak daripada merempuh beberapa kenderaan lain yang ketika itu menunggu giliran membayar tol pada jam 3.05 petang, semalam.


Akibatnya, lori kontena itu merempuh benteng penghadang di plaza tol berkenaan menyebabkan kaki mangsa tersepit pada tempat duduk pemandu dan satu jari kaki kanannya putus.

Nor Farah Affiza berkata, dia bersyukur terselamat berikutan lori kontena itu merempuh penghadang berkenaan.


"Ini kejadian kedua berlaku akibat kemalangan membabitkan lori merempuh plaza tol ini sepanjang saya bekerja di sini selepas kejadian pertama tahun lalu apabila lori merempuh penghadang itu.


"Sampai sekarang saya masih terkejut dan trauma kerana menyaksikan sendiri kemalangan di depan mata walaupun baru masuk syif petang jam 2 petang tadi (semalam)," katanya.

Saksi kejadian, Zul Roshidi Ismail, 48, berkata, ketika kejadian dia membayar tol dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkannya berhenti di tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku.


Katanya, dia naik di sebelah tempat duduk penumpang depan lori kontena berkenaan sambil meminta pemandunya yang mengerang kesakitan supaya bersabar.

"Dia sempat memberitahu brek lori kontena yang dipandunya itu tidak berfungsi dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain di plaza tol ini lalu terpaksa merempuh penghadang di plaza tol itu.


"Mangsa menyatakan datang dari selatan menghala ke Bandar Darulaman, Jitra menghantar barang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.


Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan pada kaki.


Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Alor Setar Wan Jamaludin Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang berhubung kemalangan itu dan mendapati mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu.


Beliau berkata, lima anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih sedarkan diri sebelum dihantar ke HSB untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat