Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku Posted: 04 May 2013 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku pada 2.27 petang ini. Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menyebut gempa bumi itu berpusat di 136km barat laut Ternate, Indonesia dan 955km tenggara Semporna, Sabah. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
Posted: 04 May 2013 12:12 AM PDT MELAKA: Polis Melaka menasihatkan para pengundi di negeri itu agar segera pulang ke rumah masing-masing sebaik selesai mengundi, esok. Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata pengundi dilarang berkumpul di pusat pengundian kerana ia boleh mengganggu ketenteraman pengundi lain di pusat berkenaan. "Saya berharap esok, pengundi keluar mengundi awal dan selepas mengundi terus balik ke rumah, jangan berkumpul untuk meraikan atau mengganggu pengundi lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dalam pada itu beliau berkata polis menerima beberapa laporan berhubung cubaan menghalang bas yang masuk ke negeri itu dengan alasan membawa pengundi hantu. Beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan menjalankan pemantauan berterusan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengganggu kelancaran pergerakan bas di Melaka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |