Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 10 May 2013 09:31 AM PDT Kuala Lumpur: Apa helah sebenar di sebalik tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberi tiket wild card kepada pemenang emas Olimpik badminton sebanyak dua kali, Lin Dan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China 5-11 Ogos depan? Reaksi tidak senang pemain lain termasuk pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yang berusaha gigih memungut mata untuk melayakkan diri ke kejohanan itu bukanlah perkara yang pelik kecuali tindakan BWF itu sendiri.
Berdasarkan peraturan sebenar BWF, tiket wild card hanya diberi kepada pemain dari sesebuah negara yang tidak mempunyai wakil layak secara merit.
CHONG WEI Ketika ini makin ketara betapa tindakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menarik diri dan memberi sokongan kepada calon dari Indonesia, Justian Suhandinata, tidak disenangi Eropah terutamanya Denmark yang mempertaruhkan wakilnya, Poul-Erik Hoyer-Larsen.
Benar atau tidak telahan ini, tiada siapa yang tahu sehingga ada pihak menampilkan bukti namun apa yang dilakukan BWF sememangnya tidak adil dan tiada gunanya membuat peraturan.
|
Posted: 10 May 2013 09:21 AM PDT Madrid: Real Madrid enggan menyerah kalah dalam beberapa minggu terakhir namun pendahulu La Liga, Barcelona akhirnya berpeluang menentukan nasib sendiri dan memastikan gelaran liga ke-22 menerusi kemenangan ke atas Atletico Madrid, awal pagi Isnin ini. Barca memerlukan dua mata menerusi baki empat perlawanan untuk merampas kembali kejuaraan liga yang dimenangi musuh tradisinya itu tahun lalu, yang sudah beraksi lebih satu perlawanan dan memerlukan kemenangan di Espanyol awal pagi esok untuk terus menghidupkan saingan merebut kejuaraan.
Atletico sudah mengesahkan kedudukan ketiga dan tiket ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
"Kami sedar perlawanan itu sukar namun penyokong perlu bersatu dan meraikan kejayaan melangkah ke Liga Juara-Juara," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |