Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 15 May 2013 09:14 AM PDT Putrajaya: Penganjuran Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013-Cuti-Cuti 1 Malaysia pada 1 dan 2 Jun terus mendapat sambutan menggalakkan terutama kelab basikal termasuk ahli kelab Baginda Cycling. Pengurus Mohd Ikhwan Sanuddin berkata, seramai 10 ahli kelab membabitkan lapan lelaki dan dua wanita bakal menyertai program anjuran Harian Metro itu. Menurutnya, Baginda Cycling tidak mahu melepaskan peluang menyertai pertandingan itu memandangkan minat mendalam terhadap sukan lasak berkenaan. "Kelab baru ditubuhkan tahun lalu dan kami mendapat keahlian di kalangan peminat sukan di sekitar Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Bangi serta Putrajaya.
Sirkit kedua hingga kelima berlangsung di Terengganu, Johor, Perak dan Selangor. Perlumbaan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM220,000 itu menggunakan format perlumbaan Olimpik merentas desa dan jamboree, lebih menarik ia turut menawar pelbagai cabutan bertuah. Saingan acara elit mempertandingkan tiga kategori membabitkan peserta lelaki, wanita dan Master bagi peserta lelaki dan wanita berumur 45 tahun ke atas dengan setiap kategori berlangsung dengan format pertandingan berdasarkan Cross Country Olympic (XCO) membabitkan jarak sejauh tiga hingga tujuh kilometer dalam masa ditetapkan. Selain itu, saingan Terbuka Metro (Jamboree) terbahagi kepada empat kategori, Terbuka Lelaki, Wanita, Master (lelaki dan wanita 45 tahun ke atas) dan Junior (bawah 23 tahun) dalam perlumbaan sejauh 40 kilometer. Sementara itu, penganjur mengumumkan tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 28 Mei ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15 |
Posted: 15 May 2013 09:14 AM PDT Kuala Lumpur: Seramai 20 pelumba daripada Kelab Basikal Cycle X MTB Alor Gajah, Melaka mengibarkan cabaran menggegarkan trek di Putrajaya sempena sirkit pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 pada 1 dan 2 Jun ini. Tidak meletakkan sebarang sasaran dan sekadar menambah pengalaman dalam pembabitan basikal bukit, pengerusi kelab Nazlul Farid Ramlan menjadikan aktiviti berbasikal ini sebagai riadah membabitkan ahli kelab.
"Kami tidak menetapkan sasaran. Penyertaan ini hanya suka-suka kerana kami sering terbabit dengan pertandingan terutama di sekitar negeri Melaka.
Maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan, kategori dan penginapan, layari laman http://mtbgp.hmetro.com.my atau hubungi Riadz Radzi (019-6434049). Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |