{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


UiTM dapat kolej baru

Posted: 01 May 2013 12:18 PM PDT

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuat satu lagi akujanji tambahan di hadapan lebih 20,000 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), iaitu menambah peruntukan untuk universiti berkenaan supaya sebuah kolej baru dapat didirikan.

Najib berkata, penubuhan kolej baru itu, yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengambilan untuk Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dan dilaksanakan oleh UiTM, akan menambah 5,000 pelajar miskin kepada 10,000 orang setahun bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian tinggi di UiTM.

"Ini tuan-tuan bila sebut akujanji, dengan itu...janji ditepati," kata Najib pada Perhimpunan Perdana Warga UiTM bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di kampus induk UiTM Shah Alam, malam tadi.

Najib berkata, beliau amat tertarik dengan peranan yang dijalankan oleh UiTM menerusi program MDAB, dan tahun ini 25,000 pelajar daripada keluarga daif dan miskin, akan dapat melanjutkan pelajaran di UiTM.


"Cuba bayangkan kalau 25,000 pelajar ini tidak dapat masuk MDAB, apa akan jadi kepada mereka kalau kita tak buka program ini, ratusan ribu anak kita terpinggir daripada arus kemajuan negara selama-lamanya.


"Program seperti MDAB adalah prinsip mobiliti sosial yang dilaksanakan di Malaysia, sukar dilihat di negara membangun mahupun di negara maju seperti Amerika Syarikat, berikutan kos melanjutkan pelajaran ke menara gading sangat tinggi," katanya.

Perdana Menteri berkata, jika di kawasan kejiranan yang miskin seperti di Harlem New York, pelajar lepasan sekolah tinggi yang mendapat biasiswa hanya dalam kalangan mereka yang berbakat dalam sukan bola keranjang, tinju, American Football, berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Tanpa biasiswa sukan itu, lepasan sekolah akan kekal tinggal di Harlem dengan masa depan yang tidak menentu dan tidak mempunyai harapan untuk menempa kehidupan baru," katanya.

Najib berkata, di Malaysia, anak-anak muda yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Kampung Bantal dan Kampung Pagi di Hulu Tembeling Pahang, masih berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti, hasil dasar kerajaan yang ada hari ini yang membuka institusi seperti UiTM.

Katanya, UiTM mempunyai kampus di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar seperti di Jengka dan legasi IPT itu amat membanggakan kerana pada hari ini ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera memiliki masa hadapan yang cerah menerusi universiti itu.

"Mungkin tanpa UiTM, mereka akan menghadapi masa depan yang begitu kelam, mungkin mereka tak dapat ubah kehidupan mereka kalau miskin, mereka tetap miskin, kalau bapa toreh getah kemungkinan besar anak mereka menoreh getah," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga telah mengembangkan UiTM daripada Institut Teknologi MARA kepada sebuah universiti ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan dan kini ia adalah sebuah institusi yang berjasa kepada ribuan anak bangsa, yang memberi peluang untuk mereka menempa kehidupan baharu yang sarat dengan harapan masa depan yang lebih terjamin.

Pada masa yang sama, Najib berkata: "Saya dengan rendah diri mohon untuk teruskan perjuangan saya, walau sudah banyak dilakukan, kita belum sampai destinasi kita.

"Saya perlu mandat yang kukuh kali ini, saya yakin dan percaya pilihan BN adalah paling tepat." - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02

HARI PEKERJA PALING MALANG

Posted: 01 May 2013 12:18 PM PDT

"Bukan mudah untuk melupakan Hari Pekerja kali ini," kata R Muthammah, 49, selepas lima anggota keluarganya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 17.9 Lebuhraya Utara-Selatan di Kulaijaya, dekat sini, semalam.

Kemalangan berlaku pada jam 4 petang apabila kereta Honda Accord yang dinaiki enam beranak terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda.
Mereka yang terkorban ialah R Gita, 43, R Selvarani, 46, P Pavayamal, 65, G Vignish, 19, dan A Akash, 7, manakala seorang lagi mangsa, G Vinithaa, 16, parah dan menerima rawatan di Hospital Pakar Johor.

Gita adalah adik ipar Muthammah manakala Pavayamal adalah ibu Gita, Selvarani (kakak), Vignish dan Vinithaa (anak) dan Akash pula anak saudara wanita itu.
Muthammah berkata, dia amat sedih dan terkejut dengan kematian semua mangsa kerana kelmarin mereka baru berkumpul di rumahnya di Taman Pulai Utama, Skudai, bagi meraikan majlis hari lahirnya yang ke-49.

Foto

AHLI Bomba dan Penyelamat menggunakan alat khas untuk mengumpil pintu bagi membawa mangsa keluar. FOTO Zain Ahmed

Foto

AHLI Bomba dan Penyelamat dan petugas perubatan membawa mangsa yang cedera untuk dihantar bagi mendapatkan rawatan. FOTO Zain Ahmed

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat