{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Berat hati jadi hero

Posted: 01 May 2013 06:28 AM PDT

Apabila bercakap mengenai filem adaptasi terkenal Marvel iaitu Iron Man (IM), nama bintang Hollywood Robert Downey Jr pasti melintas fikiran.

Begitu kuat pesona aktor berusia 48 tahun itu menggalas peranan jutawan perindustrian bernama Tony Stark dalam dua siri pertama filem itu, sehingga jenama Downey Jr cukup sebati dengan filem adiwira itu.

Untuk kali ini, aktor yang pernah terbabit dengan masalah penagihan dadah sebelum ini kembali menyarung sut besi berwarna merah emas itu dalam Iron Man 3 (IM3).

Bercerita mengenai IM3 yang bertitik-tolak daripada kesinambungan filem The Avengers pada tahun lalu, Downey Jr percaya IM3 adalah sebuah filem yang memberikan kepuasan emosi terbaik buatnya.


Ini adalah filem yang memberikan kepuasan emosi terbaik dan paling menghiburkan di antara ketiga-tiga siri.


"Apa yang hebat, ia adalah kesinambungan kepada The Avengers (2012) sekali gus memudahkan penceritaan pada bahagian ini kerana dapat diterjemahkan dengan lancar tanpa perlu mengukuhkan plot asas secara terperinci kepada penonton.

"Asasnya kali ini Stark berdepan trauma dan serangan perasaan panik ekoran peristiwa serangan di Bandaraya New York dalam The Avengers," katanya seperti dipetik dalam satu temu bual, baru-baru ini.

Pada mata umum, pembabitan Downey Jr dalam IM3 adalah perkara wajib tetapi mungkin ramai yang tidak tahu dia berat hati untuk membintangi siri ketiga itu pada awalnya.

Namun, selepas berfikir secara mendalam mengenai impak kerjayanya melonjak sejak pembabitan dalam francais berkenaan, Downey Jr akur untuk meneruskan komitmennya.

"Pada mulanya, saya berasa meradang memikirkan betapa bayaran kontrak yang ditawarkan tidak memadai tetapi mereka (penerbit) mengautkan keuntungan besar.

"Tetapi, apabila saya renungkan semula perjalanan kerjaya sebelum ini dan impak besar filem ini pada kerjaya kini, saya berubah fikiran," katanya.

Bagaimanapun, wang dan bayaran bukan kayu ukur utama bagi aktor kelahiran Manhattan, New York, Amerika Syarikat ini menerima IM3.

Ujarnya, pembabitan dalam francais terakhir itu adalah sebagai memenuhi tanggungjawab yang belum sempat dilunaskan dalam dua siri terdahulu.

"Ada banyak perancangan idea yang belum terlaksana dalam dua siri dulu jadi saya fikir pembabitan kali ini mampu melaksanakan impian itu sebagai kepuasan sebelum melabuhkan tirai filem ini.

"Justeru, saya menggalas tanggungjawab besar dalam IM3. Siri ini harus memenuhi segala persoalan yang belum terjawab kepada penonton, memulihkan ketidakselesaan dalam menghayati watak ini dan memasukkan sebarang idea baru," katanya.

Downey Jr yang bertindak sebagai tulang belakang francais ini sejak siri pertama pada 2008 turut mengakui, jika IM mahu ditamatkan ia harus dirangkumkan sebaik mungkin.

Patah buku lali ketika penggambaran

Atas komitmen itu, Downey Jr yang begitu dekat dengan IM sanggup berdepan risiko sehingga mengalami kecederaan ketika penggambaran filem itu pada Ogos lalu.

Dia yang melakukan aksi lagak ngeri sendiri untuk sebuah babak melompat mengalami kemalangan sehingga buku lalinya patah dan terpaksa berehat selama enam minggu.

"Saya fikir saya kebal ketika itu sehingga melakukan tindakan berisiko besar. Akibatnya penggambaran terpaksa dihentikan selama tujuh minggu kerana saya tidak boleh berjalan," imbasnya yang dijangka terus menyarung sut besi itu dalam The Avengers 2.

Ditanya adakah dia akan terus membintangi filem adiwira selamanya, bapa kepada dua anak ini berkata, hanya masa dan keadaan akan menentukan perkara itu.

"Saya kini berusia 48 tahun dan tersepit dalam persoalan itu. Sebahagian diri saya tidak mahu lagi berlakon filem begini sementara sebahagian lagi mahu saya meneruskannya.

"Saya hanya berharap dapat membuat keputusan terbaik sama ada untuk terima filem begini atau tidak apabila tiba masanya nanti.

"Hakikatnya saya tidak mahu menjadi seperti segelintir kumpulan rock yang masih aktif dalam siri jelajah konsert mereka sedangkan usia semakin lanjut dan mereka sudah kelihatan seperti zombi," katanya sinis.

Sinopsis

Selain Downey Jr, filem arahan Shane Black ini turut membariskan Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James badge Dale, Jon Favreau dan Ben Kingsley.

Ringkasnya, IM3 memaparkan kisah kehidupan Tony Stark lakonan Robert Downey Jr masih dihantui trauma dan gangguan ekoran peristiwa serangan yang berlaku di Bandaraya New York susulan daripada The Avengers (2012).

Akibatnya, Stark tidak boleh tidur dan mudah panik apabila mengenangkan peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu.

Dalam usaha untuk menstabilkan diri, dia kini berdepan ancaman pengganas yang dikenali Mandarin (Ben Kingsley).

Stark bukan saja perlu mematahkan ancaman yang menular itu, dia juga perlu melindungi kekasihnya Pepper Potts (Gwyneth Paltrow) daripada angkara musuh.

Filem yang menelan kos sebanyak RM608 juta (ASD200j) ini kini ditayangkan di pawagam bermula 25 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat