Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 11 May 2013 10:30 AM PDT Kuala Lumpur: Kurang belaian daripada suami menjadi alasan kepada seorang isteri berusia 53 tahun menjadi liar dengan 'memburu' lelaki muda untuk memenuhi tuntutan batinnya. Walaupun bergelar nenek, Rina (bukan nama sebenar) membuat pengakuan mengejutkan kepada wartawan Metro Ahad apabila mendakwa melakukan hubungan kelamin berulang kali dengan lebih 30 lelaki muda berusia 20-an hingga 30-an sejak lapan tahun lalu. Rina yang bertugas sebagai eksekutif syarikat swasta di ibu kota mendakwa tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan 'pucuk muda' secara percuma selepas menjadi ahli aktif dalam sebuah laman sosial antarabangsa untuk mencari kenalan baru lelaki yang boleh dijadikan teman ranjang. Pemantauan Metro Ahad mendapati lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, mendaftar dalam laman sosial itu. Individu terbabit yang berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian. RINA sedang berbual dengan wartawan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12 |
Posted: 11 May 2013 10:25 AM PDT Tumpat: Hari Ibu yang sepatutnya disambut gembira di seluruh negara hari ini menjadi peristiwa paling hitam buat seorang wanita apabila ditumbuk anak lelakinya hingga cedera, manakala ibunya mati dibelasah suspek di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, pagi semalam. Kejadian jam 7 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan mengamuk sebelum menumbuk ibunya, Che Rahmah Che Will, 60, dan neneknya, Che Minah Che Hassan, 84. Che Minah maut di tempat kejadian akibat pendarahan dalaman di kepala selain cedera di telinga kiri serta lebam di mata kanan, manakala Che Rahmah lebam di mata kiri dan dahi kanan. Berikutan itu, Che Rahmah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk mendapat rawatan dan kini dilaporkan stabil, manakala mayat Che Minah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarga. BAPA saudara suspek, Mohd Ghani Zakaria melihat kesan darah selepas Che Minah dan anaknya, Che Rahmah ditumbuk suspek di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, semalam.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |