{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Johor DT kembali lega

Posted: 11 May 2013 02:50 PM PDT

Anak didik Fandi buat penyokong ceria di Larkin atasi PKNS 3-1

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) menepati misi 'mahu elak kekalahan ketiga berturut-turut' apabila melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas tampil gah merakamkan kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Detik kebangkitan skuad yang bergelar Harimau Selatan itu bermula dengan beberapa gerakan menarik yang mencemaskan gawang PKNS menerusi sepakan percuma Mohd Farid Ramli seawal minit kedua dan disusuli tandukan Leonel Nunez pada minit keempat, namun kedua-dua percubaan tersasar.

Selepas bertali arus mengasak ke kubu pelawat, akhirnya gol dicari Harimau Selatan menjelma pada minit ke-29 berpunca dari sepakan lintang Nurul Azwan Roya yang gagal disempurnakan Nunez, sebaliknya terkena P Gunalan yang mengekori pemain import dari Brazil itu dan tertampan ke gawang sendiri.

Anak didik Abdul Rahman Ibrahim yang ketinggalan dengan gol sendiri itu mula menyusun strategi dan hampir menyamakan jaringan pada minit ke-38 selepas bola umpanan Patrick Ronaldhino tepat kepada Roman Chmelo, namun percubaannya hanya sedikit melewati palang gol ketika penjaga gol, Zamir Selamat yang mengambil alih tugas daripada Al-Hafiz Hamzah, sudah tertewas.

Bagaimanapun, anak didik Fandi Ahmad bangkit menambah jaringan pada minit ke-42, bermula dari bola balingan Mohd Nazri Ahmad tepat kepada Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dikawal, bertindak melencongkan bola menewaskan Mohd Remezey untuk selesa dengan kedudukan 2-0 sebelum berakhir babak pertama.

Sebaik babak kedua bermula, PKNS begitu rakus mengasak ke kubu tuan rumah dan pada minit ke-50 gol yang dicari pelawat terhasil selepas bola rembatan Chmelo walaupun di tampan Zamir namun Ronaldinho yang tidak dikawal meluru untuk merembat bola bagi merapat jurang gol.

Ketika aksi berbaki lima minit untuk ditamatkan Nurul Azwan memastikan tiga mata milik Harimau Selatan menewaskan Mohd Remezey selepas menyudahkan bola hantaran pemain gantian Safee Sali.

Gladiators terus hambat Lions

Posted: 11 May 2013 02:48 PM PDT

Wakil Singapura belasah T-Team 3-0, Tentera hempas pulas atasi FELDA 1-0

Kuala Lumpur: Perebutan takhta Liga Super semakin memuncak dengan dua pasukan saling bertukar posisi, namun Lions XII kembali mengukuhkan cengkaman selepas menewaskan T-Team 3-0 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Skuad kendalian V Sundramoorthy itu bagaimanapun terpaksa merampas kembali tangga teratas liga selepas dipintas seketika Tentera yang terdahulu merakam kemenangan 1-0 ke atas FELDA United di Stadium MBPJ pada sebelah petang.

Kapten Lions XII, Shahril Ishak membuka jaringan seawal minit kesembilan diikuti dua lagi gol babak pertama oleh Shakir Hamzah dan Fazrul Nawaz pada minit ke-28 dan 35 untuk selesa mendahului 3-0 sebaik tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor cuba untuk bangkit merapatkan jurang tetapi gawang tuan rumah yang dikawal ketat Izwan Mahbud ternyata begitu sukar ditembusi. T-Team kekal di tangga kedua tercorot dengan 12 mata selepas 17 perlawanan.

Hai-O wira

Sebelum itu aksi Tentera di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menyaksikan anak buah B Sathianathan melonjak ke tangga teratas liga untuk beberapa jam sahaja selepas Hairuddin Omar menanduk masuk bola sepakan percuma Rezal Zambery Yahya pada minit ke-10 ketika menewaskan FELDA United 1-0.

"Kita berada di laluan terbaik, kita ada kemampuan untuk mencabar kejuaraan," kata Hairuddin. "Tidak mustahil kita boleh mencipta kejutan dengan muncul juara sekiranya prestasi ini dikekalkan hingga akhir musim."
Tentera, berbaki lima perlawanan musim ini, ketinggalan satu mata di belakang Lions XII yang masih mempunyai enam perlawanan untuk diharungi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat