Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 May 2013 10:30 AM PDT Johor Bahru: "Ibu menjerit sekuat hati memaklumkan rumah terbakar menyebabkan saya tersedar daripada tidur dan terus menggunakan tukul besi untuk memecahkan tingkap sebelum menyelamatkan diri. "Malangnya, selepas keluar dari bilik, barulah saya sedar ibu dan bapa terperangkap di dalam rumah," kata Shahrul Huzaimi Mahmud, 32, yang sedih melihat kejadian kebakaran membabitkan rumah mereka itu di Kampung Pasir di sini, awal pagi semalam, meragut nyawa kedua-dua orang tuanya, Halimah Khamis, 55, dan Mahmud Yusuf, 60. Dalam kejadian jam 4.55 pagi itu, tiga beranak terbabit tidur di bilik masing-masing sebelum Shahrul terkejut apabila terdengar jeritan ibunya. Selepas itu, Shahrul melihat asap tebal dan api marak di dalam rumah sebelum mengambil tukul besi dan memecahkan tingkap. KEDIAMAN mangsa hangus dalam kebakaran awal pagi semalam. ANGGOTA bomba melakukan siasatan di ruang tamu lokasi mayat pasangan suami isteri dijumpai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20 |
Posted: 19 May 2013 10:30 AM PDT Butterworth: "Saya harap selepas ini ada pihak tampil membantu dan menyokong impian saya menakluki Selat Inggeris pula," kata Faiq Adnan, 23. Pemuda cacat penglihatan itu menyasarkan dapat merealisasikan impian itu pada awal 2015 sebagai bukti tiada halangan kepada orang kelainan upaya (OKU) setanding dengan insan normal. Menurutnya, Selat Inggeris menjadi sasaran berenang secara solo dalam tempoh dua tahun lagi sebagai pelengkap kepada dirinya memperjuangkan nasib OKU. "Apa yang saya buat bukan mencari populariti, tetapi mewakili golongan senasib bagi membuktikan apa yang orang normal mampu buat, kami juga boleh lakukan. JURULATIH memberi semangat kepada Faiq (tengah) ketika hampir tiba di Pantai Bagan Ajam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |