{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Terhempas tembus bumbung

Posted: 04 May 2013 07:33 PM PDT

TANJONG KARANG: Seorang lelaki warga asing nyaris maut selepas paramotor yang dipandunya terhempas di Taman Seri Jaya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa yang dipercayai menerbangkan paramotor berkenaan mengelilingi kawasan perumahan itu sebelum terhempas di atas rumah seorang penduduk.

Saksi, Mohd Fairul Rasulizam, 18, berkata sewaktu kejadian, beliau sedang makan di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat seperti objek terjatuh.

Menurutnya, sejurus itu, seorang lelaki yang lengkap memakai peralatan paramotor tiba-tiba menembusi atap rumahnya.

Foto

MOHD Fairul Rasunizam dan rakannya membersihkan kesan pecahan siling berikutan seorang pemandu paramotor jatuh dan menembusi bumbung rumahnya, di Taman Seri Jaya.


"Saya tergamam apabila melihat mangsa tersangkut di atas bumbung dengan keadaan kakinya yang berdarah.


"Tanpa berlengah, saya terus meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa turun sebelum menghubungi ambulans untuk dihantar ke hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Peguam Aidil maut

Posted: 04 May 2013 07:32 PM PDT

Seremban: "Sebenarnya saya dari JB (Johor Bahru) dengan kembar (Zaquan Adha) memang nak masuk Plaza Tol Senawang pada mulanya. Jika tidak pasti saya bertembung kemalangan ini. Namun saya terus ke Plaza Tol Port Dickson.

"Saya memang terkejut selepas dihubungi oleh abang saya kira-kira jam 11 malam, memaklumkan arwah kemalangan dan meninggal dunia." Begitu kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berhubung kemalangan yang mengorbankan peguam, Noor Ariff Delia Ramli, 36, di simpang Jalan Persiaran Senawang, dekat, sini, malam kelmarin.


Beliau mengenali mangsa yang mengendalikan kes perceraiannya dengan isteri, Rita Rudaini Mokhtar. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, Noor Ariff Delia yang menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 meninggal dunia di tempat kejadian apabila berlanggar dengan lori tangki muatan minyak sawit.

Menurut Aidil Zafuan, kebetulan mereka pulang untuk mengundi di Sikamat sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.


Katanya, sepanjang tiga hingga empat tahun mengenali Noor Ariff Delia, arwah disifatkan seorang yang tenang dan ceria.


"Saya lihat arwah sentiasa tenang dan saya rasa segala masalah dapat selesai selepas berbincang dengannya. Kali terakhir saya berjumpa arwah ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban dan kami makan bersama.

Foto

KEADAAN motosikal mangsa selepas kemalangan.

"Arwah pernah menyatakan hasrat menunggang motosikal bersama-sama saya, tapi tak kesampaian," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar, awal pagi semalam.


Aidil Zafuan berkata, susulan kematian Noor Ariff Delia, dia belum memutuskan untuk melantik peguam lain bagi meneruskan kesnya.

"Saya akan berbincang sama ada melantik peguam baru atau meneruskan dengan peguam di firma sama. Ini kerana saya tidak pernah berbincang dengan peguam lain mengenai kes saya kecuali dengan arwah saja," katanya.


Rakan arwah, Hamidi Izwan Ahmad Soffian, 37, berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik ketika mereka keluar minum bersama di Ampangan, petang sebelum kejadian.


"Arwah macam biasa saja, gembira dan seronok bercerita mengenai umrah yang dibuatnya bersama keluarga dan jiran. Langsung saya tak perasan perubahan.


"Cuma, sejak seminggu balik dari umrah, arwah kerap menulis dan menasihati berkaitan kematian dalam Facebook. Saya tak sangka, ia petanda kematiannya," katanya.


Arwah meninggalkan isteri, Roslinda Ismail,37, dan dua anak termasuk yang berusia setahun. Bagaimanapun, isterinya enggan ditemubual kerana masih sedih dengan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat