{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Global

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Global


Gigit anjing untuk selamatkan isteri

Posted: 04 May 2013 06:37 AM PDT

Iowa: Seorang lelaki bertindak menggigit seekor anjing untuk menghentikan haiwan itu daripada menyerang isterinya.

Laine Henry bertindak demikian selepas anjing jenis Labrador itu menggigit hidung isterinya, Caren, hingga putus.


Kejadian berlaku Ahad lalu ketika pasangan berkenaan bersiar-siar bersama anjing peliharaan mereka di Madrid, Iowa.

Anjing itu yang muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak membaham betis kanan Caren sebelum menggigit perut dan kemudian menyerang muka mangsa.


"Ia menerkam mata saya. Mujur saya memakai cermin mata. Saya percaya cermin mata itu menyelamatkan mata saya.


"Ia kemudian menggigit hidung saya hingga putus," kata Caren.

Foto

HENRY bersama isteri, Caren di hospital, semalam.

Henry berkata, dia menepa ke arah anjing itu dan cuba menariknya dan menyasarkan mulut haiwan itu untuk memaksa ia melepaskan gigitannya pada muka Caren.


Tindakannya itu menyebabkan anjing berkenaan membaham tangan kirinya dan kembali menyerang Caren.

Dalam satu tindakan aneh, Henry menggigit hidung anjing itu, menyebabkan haiwan berkenaan melepaskan cengkamannya pada Caren, kata pasangan itu kepada akhbar Des Moines Register.


Pasangan itu kemudian meluru ke trak mereka dan memandu terus ke sebuah hospital berhamprian.


Henry dirawat kerana kecederaan di tangan tetapi nasib Caren lebih malang kerana terpaksa menjalani rawatan lebih lama.


Sehingga ini dia sudah menjalani satu pembedahan. Doktor akan menggunakan kulit dahinya dan beberapa bahagian lain serta rawan telinga untuk membentuk semula hidungnya.


"Keadaan mungkin lebih teruk. Jika bukan kerana cermin mata itu, saya mungkin kelihatan sebelah mata. "Jika anjing itu menyasarkan leher saya, saya mungkin sudah mati," kata Caren.


Pihak berkuasa berjaya menangkap anjing berkenaan dan kini dikurung selama enam minggu. Pemilik haiwan itu, seorang gelandangan tempatan dilapor jarang memberi anjing itu makan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Daging tikus dijual sebagai daging kambing

Posted: 04 May 2013 06:31 AM PDT

Shanghai: Polis mengesahkan beberapa peniaga memproses daging tikus untuk dilihat sebagai daging kambing dan dijual di pasar di China.

Pihak berkuasa baru-baru ini bertindak ke atas sindiket penjenayah yang menjalankan kegiatan itu dalam satu operasi keselamatan makanan.

Operasi itu dijalankan srentak dengan langkah memerangi selesema burung yang menyebabkan jualan daging ayam dan itik merudum di China.

Seorang peniaga didapati menggunakan bahan campuran memproses daging tikus dan musang sebagai daging kambing di pasar di Shanghai yang sering dikunjungi pelancong.


"Selepas mencampurkan gelatin, pewarna dan bahan lain, dia menjual daging itu sebagai daging kambing di pasar," kata sumber.


Serbuan yang dilakukan ke atas Wei dan kumpulannya di Jiangsu dan Shanghai membolehkan polis menangkap 63 suspek.

Sebanyak 10 tan daging tikus dan musang turut dirampas.

Kumpulan itu meraih keuntungan RM4.8 juta sejak memulakan operasi mereka pada 2009.

Selain itu, pihak berkuasa juga menemui bukti campuran hidrogen peroksida yang digunakan oleh peniaga untuk membersihkan kaki ayam sebelum ia dijual kepada pembeli. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat