Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 04 May 2013 01:33 PM PDT Kim Swee pertahan aksi hambar skuad Harimau Muda A di Slovakia "Kalau semata-mata nak menang, boleh saja saya aturkan perlawanan menentang kelab divisyen dua atau tiga, sudah tentu kami boleh menang. Tapi untuk apa?" "Biarlah apa orang nak kata mengenai keputusan kurang baik ketika ini kerana jika saya tak beri peluang di sini, apa akan jadi jika ada pemain utama tidak dapat disenaraikan pada Sukan SEA (Disember depan) kerana cedera. Pendedahan amat penting," Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Muda A Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Harimau Muda A seri dua kali iaitu dengan Slovakia B-19 (1-1) dan Norway B-19 (0-0) tetapi tewas lima kali iaitu kepada Georgia B-21 (7-1), MSK Zilina (4-1 dan 3-2) serta terbaru, dua kelab Hungary, Siofok (4-0) dan Kaposvari (3-0). "Majoriti pemain yang saya turunkan bukan kesebelasan utama pada setiap perlawanan. Kami bertemu pasukan-pasukan yang cukup baik dari divisyen utama dan biarpun tidak menang, pemain tetap dapat pendedahan serta membentuk persefahaman. Pendedahan amat penting "Dengan kecederaan dialami Fandi Othman, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Zakaria, Kenny Palraj dan Gary Steven Robbat serta tanpa pula Nik Shahrul Azim, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin dan Nazmi Faiz Mansor yang tiada di sini, ia membuka peluang kepada pemain lain. Skuad Harimau Muda A bakal berdepan kelab divisyen 1 Slovakia, Nitra untuk perlawanan seterusnya, Selasa ini sebelum dua minggu fokus kepada sesi latihan menjelang aksi persahabatan dengan dua kelab Republik Czech, hujung bulan ini. |
Hodak lega TRW rehat enam hari Posted: 04 May 2013 01:30 PM PDT Kota Bharu: Kelantan akan menggunakan sebaik mungkin peluang rehat enam hari tanpa perlawanan sempena Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) selepas mengerah keringat berdepan jadual padat sebelum ini. Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata dia lega apabila perlawanan antara The Red Warriors dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang seharusnya diadakan, semalam ditunda untuk memberi ruang kepada PRU-13, hari ini.
"Kami akan menggunakan peluang ini dengan baik dan mengumpul segala tenaga untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Lebih semangat sekarang "Saya yakin untuk perlawanan dengan FELDA United, 7 Mei ini, pemain saya bebas daripada keletihan seperti dialami mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini. "Memang tidak dinafikan kami terpaksa menghadapi tugas sukar sebelum ini kerana jadual yang padat. Selain keletihan, ada beberapa pemain saya turut mengalami kecederaan dan mereka mungkin akan pulih sepenuhnya sebelum perlawanan dengan FELDA United nanti," katanya yang berjaya membawa Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu.
"Kami ada masa cukup untuk berlatih dan memperbaiki segala kelemahan. Walaupun ia mungkin kelemahan biasa pasukan namun ia penting untuk diperbaiki memastikan Kelantan terus bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |