Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 May 2013 12:05 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada jam 4.07 jam petang semalam. Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
Posted: 06 May 2013 12:04 PM PDT Seorang lelaki dibunuh dengan kejam apabila tangan dan kakinya diikat dawai selain ditambat pada bongkah besi sebelum dicampak ke dalam lombong berhampiran Kawasan Industri Bemban, di sini. Mayat mangsa lelaki berusia 30-an itu dipercayai dibunuh lebih lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui oleh seorang penternak lembu pada jam 5 petang semalam.
Menurutnya, penternak lembu itu terhidu bau busuk dan ternampak mayat seorang lelaki timbul di lombong berkenaan.
Menurutnya, terdapat ukiran tatu pada badan mayat mangsa yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |