{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Kuasa Terengganu!

Posted: 06 May 2013 01:47 PM PDT

Menang ke atas Lions XII buka peluang pasukan lain cabar mahkota liga

Kuala Lumpur: Terengganu mampu menjadi pencetus perubahan teraju Liga Super tatkala saingan hanya berbaki lapan perlawanan sekiranya berjaya mengikat atau menewaskan Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

"Kemenangan Terengganu mampu membuka laluan kepada Tentera dan Johor DT (untuk mencabar kejuaraan), saya jangkakan empat pasukan akan bersaing hingga ke saat-saat akhir," kata bekas jurulatih dan pemain Reduan Abdullah.
Kemenangan Terengganu mampu membuka laluan kepada Tentera dan Johor DT (untuk mencabar kejuaraan), saya jangkakan empat pasukan akan bersaing hingga ke saat-saat akhir," Reduan Abdullah, bekas jurulatih dan pemain.

"Kelebihan berpihak kepada Terengganu kerana Lions XII kelihatan kurang bermaya beraksi pada sebelah petang. Jadi Terengganu perlu menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk membantu pasukan lain menewaskan Lions."

Peluang Selangor, Pahang

Tentera yang hanya dibezakan satu mata dengan Lions XII, bakal berentap menentang Johor DT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan kedudukan pendahulu mampu digugat sekiranya The Gladiators mengutip tiga mata penuh. Namun anak buah B Sathianathan sudah beraksi 15 perlawanan, lebih satu daripada lima pasukan di kelompok teratas.

Namun, jika Tentera tewas, skuad bimbingan Fandi Ahmad mampu berkongsi mata dengan Lions XII, tetapi anak buah V Sundramoorthy masih mempunyai kelebihan jaringan.
Beza satu mata

Saingan antara Pahang dan Selangor di Stadium Darulmakmur turut menarik perhatian dengan penghuni tangga kelima dan keempat itu - dibezakan hanya satu mata - mampu memperbaiki kedudukan sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga.

Perlawanan membabitkan enam pasukan bawah juga tidak kurang menarik dengan juara bertahan, Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan FELDA United di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV.

Dua pasukan tercorot, T-Team dan Negeri Sembilan masing-masing masih mempunyai harapan untuk keluar daripada zon penyingkiran, tetapi perlu memastikan pertemuan dengan PKNS dan Perak berpihak kepada mereka.

T-Team akan bertemu PKNS di Stadium Shah Alam, manakala Negeri Sembilan yang belum merakam sebarang kemenangan, berdepan Perak yang pertama kali beraksi di Stadium Perak, Ipoh musim ini.

Lagi berita kemeriahan Liga Super, dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my

Hadiah untuk Annuar: Piya

Posted: 06 May 2013 01:36 PM PDT

Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu menghadiahkan kemenangan menentang FELDA United dalam saingan Liga Super, malam ini kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Mohd Badhri atau lebih mesra dengan panggilan Piya turut menegaskan selain menghadiahkan kemenangan itu kepada Annuar, tiga mata dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu penting buat The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam liga.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata, ganjaran bonus dan lot tanah yang diterima minggu lalu menjadi suntikan semangat buatnya dan rakan sepasukan beraksi dengan baik dan memburu kemenangan.

"Tahniah kepada Tan Sri (Annuar Musa) yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Ketereh dan saya selaku kapten TRW akan cuba memberi kemenangan kepada Kelantan untuk perlawanan malam ini sebagai hadiah berganda buat beliau.

Peluang tipis

"Selain itu, kemenangan penting untuk pasukan membaiki kedudukan dalam liga untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik," katanya semalam.

Selain itu, Piya mengakui peluang untuk TRW mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu semakin tipis kerana Kelantan kini menduduki tempat kesembilan liga dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Lions XII.
"Memang tidak dinafikan peluang untuk kami mengejar kejuaraan liga musim ini semakin mustahil, namun apa saja boleh berlaku dan kami akan berjuang sehingga ke perlawanan terakhir.

"Musim ini adalah musim paling sukar buat kami kerana kebanyakan pasukan kuat, ditambah pula dengan jadual yang padat," katanya.

Saya harap seluruh penyokong TRW terus memberi sokongan padu kepada Kelantan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat