Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 13 May 2013 09:23 AM PDT Philipsburg (St Maarten): Berjemur di bawah cahaya matahari bukan satu-satunya alasan pelancong bertumpu ke Pantai Maho di St Maarten - sebuah wilayah autonomi di bawah kerajaan Belanda. Bagi kebanyakan orang, Pantai Maho adalah tempat cukup unik untuk melihat kapal terbang dari jarak dekat tanpa perlu membahayakan diri. Seperti yang dapat disaksikan pada gambar ini, Pantai Maho terletak di hujung landasan kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.
Pada masa tertentu, sesetengah pengunjung dapat dilihat cuba menyentuh badan kapal terbang bersedia untuk mendarat di permulaan landasan berhampiran, manakala sebahagian yang lain jelas tidak terganggu dengan bunyi bingit pesawat berkenaan. Walaupun gambaran yang dipaparkan seolah-olah bencana boleh berlaku pada bila-bila masa, rekod keselamatan pihak berkuasa menunjukkan sebaliknya. Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pentadbir St Maarten meletakkan papan tanda di kawasan itu untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.
PELANCONG mengambil gambar ketika kapal terbang penumpang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana. PAPAN amaran mengingatkan bahaya yang mungkin dialami pelancong akibat ledakan enjin pesawat. Menurut Souders, Pantai Maho memang unik berbanding kawasan percutian lain. - Mirror Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14 |
Kapal terbang tanpa pilot buat penerbangan sulung Posted: 13 May 2013 09:15 AM PDT London: Sebuah pesawat udara tanpa juruterbang melakukan penerbangan sulung di ruang udara Britain semalam, sekali gus membuka jalan kepada permulaan operasi kapal terbang penumpang tanpa juruterbang. Kapal terbang eksekutif BAE Jetstream itu terbang sejauh kira-kira 483 kilometer dari Warton, Lancashire ke Inverness di Scotland.
Jurucakap BAE berkata, ada dua juruterbang menaiki pesawat berkenaan untuk mengendalikan pesawat itu ketika berlepas dan mendarat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |