Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 07 May 2013 09:33 AM PDT Cleveland (Ohio): Tiga wanita yang diculik lebih sedekad lalu ditemui hidup dalam tingkat bawah sebuah rumah di Ohio yang menjadi tempat tahanan mereka selama ini. Amanda Berry, 26; Gina DeJesus, 23, dan Michelle Knight, 32, diselamatkan dari rumah berkenaan hanya beberapa kilometer dari tempat mereka disahkan hilang 10 tahun lalu.
Saudara Amanda mengesahkan seorang daripada kanak-kanak dalam rumah berkenaan adalah anaknya yang dilahirkan ketika dia dikurung.
Mangsa culik diselamatkan dari rumah ini. Berita kehilangan itu juga disiarkan secara berterusan dalam media tempatan.
Penculik mereka juga sering dilihat orang ramai dari semasa ke semasa. Sementara itu, Ramsey berkata, dia ternampak Amanda - tetapi tidak mengenalinya - di pintu yang terkuak sedikit.
|
Posted: 07 May 2013 08:19 AM PDT Manila: Tiga pelancong Jerman dan pemandu pelancong warga tempatan maut apabila satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina memuntahkan kepulan abu dan ketulan batu semalam, kata pihak berkuasa. Seramai 20 rakyat asing dan pemandu pelancong mereka berada di lereng Gunung Mayon ketika ia meletus dan petugas penyelamat dikejarkan dengan helikopter bagi mencari mangsa.
Tiga warga Jerman dan seorang pemandu pelancong daripada kumpulannya terbunuh, manakala wanita Austria berkenaan mengalami cedera ringan.
Gunung itu terkenal dengan bentuknya yang hampir menyerupai kon, tetapi mempunyai sejarah letusan yang panjang.
"Antara 300 hingga 1,000 pendaki datang ke sini ketika musim puncak dari Mei hingga Ogos," katanya.- AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |